Malaysia Gazette menggunakan Drupal

Spesifikasi

Malaysia Gazette (MG) adalah laman protal kewartawanan persendirian yang menyiarkan berita-berita semasa. MG setakat ini menggunakan web portal sebagai medium menyampaian berita selain menyebarkan artikel yang ditulis menerusi laman sosial. Pada awal kemunculan MG, Drupal telah digunakan sebagai platform untuk menguruskan perihal penulisan artikel, gambar dan video. Disebabkan oleh bentuk paparan dan corak persembahan MG diawal pembangunan kelihatan seperti sebuah blog berita biasa, satu langkah untuk penambahbaikan telah dibuat.


Paparan


Dari segi paparan, pada peringkat awal reka bentuk, ianya dibina berdasarkan kepada maksimum saiz 960 piksel. Setelah template selesai dibangunkan dan dinyahkod ke dalam bentuk Drupal theme, pihak klien mengmbil keputusan untuk melebarkan saiz maksimum sedia ada. Versi 2.0 berjaya dilepaskan dengan mengambil kriteria dan penambahbaikan baru. Cabaran yang paling getir dalam reka bentuk adalah mengaplikasi konsep "responsiveness" dalam theme.


Hari ini web bukan hanya diakses di komputer, malah pelbagai jenis peranti dan berlainan perisian. Penggunaan konsep "responsive" bukan sahaja membantu malah mengurangkan beban untuk mengemas kini dua versi laman berbeza. Namun, proses pembinaannya jauh lebih sukar dan lama. Beberapa perancangan untuk theme MG perlu dibina semula termasuklah "breakpoint" dan saiz lebar maksimum untuk setiap satu media query.


Modul-modul


Antara fungsi yang hendak diketengahkan pada portal MG adalah keupayaan untuk mencipta dan memaparkan kumpuluan (dalam kes ini saya namakan sebagai "section") secara automatis. MG kadang kala akan menghasilkan seskyen kandungan berdasarkan kepada keperluan semasa. Dengan keupayaan modul Views, kumpulan yang dicipta menggunakan Taxonomy akan dipaparkan secara automatik di laman utama.


Selain itu, setiap kandungan yang tersenarai mempunyai bentuk paparan yang berbeza berdasarkan kepada kepentingan artikel yang ditulis contohnya; esklusif, hari ini atau paparan slaid. Paparan yang dikawal oleh Views ini mengambil kira pilihan yang dibuat oleh penulis dan menukarkan stail dan bentuk paparan pada seksyen secara automatik. Menarik bukan? Selain itu, setiap kategori mempunyai tetapan warna, logo dan latar belakang yang tersendiri. Semuanya hanya menggunakan dua modul utama ini.


Modul pengurusan pengiklanan, SimpleAds juga dimuatkan. Ini bagi memudahkan pihak MG menguruskan pengiklanan yang diterima daripada pelbagai pihak yang sebelum ini diuruskan secara manual menerusi penghasilan Block.


Dengan bantuan Workflow juga, setiap kandungan akan melalui proses "staging" sebelum dipaparkan. Kesukaran tim editor dalam penerbitan artikel dipermudahkan dengan kaedah ini. Setiap penulis/wartawan dibenarkan terus menaip artikel ke dalam sistem (yang sebelum ini ditulis dan diemel kepada editor). Seterusnya editor akan menyemak setiap satu artikel dan dipaparkan sekiranya sesuai.


Kaedah ini telah mejimatkan ruang emel, masa dan proses penerbitan dipendekkan. Workflow juga diperkuatkan dengan Scheduling Published yang membenarkan editor untuk menetapkan masa secara spesifik satu-satu artikel dipaparkan. Tidak perlu lagi untuk mereka bangun ditengah malam sekadar untuk menerbitkan satu artikel.


Fungsi terakhir yang ingin disorotkan adalah slaid paparan gambar. Setiap album atau galeri yang diwujudkan boleh dimuatkan (embedding) terus ke dalam artikel menerusi modul Insert Views. Sebelum ini pihak MG akan memuat naik atau menggunakan "direct markup HTML" yang hakikatnya bukanlah kaedah terbaik dalam Drupal. Bentuk paparan galeri yang dipanggil boleh ditentukan sama ada dalam bentuk slaid persembahan atau senarai galeri.