Jabatan Muzium Malaysia (JMM) merupakan agensi kerajaan yang berperanan dalam mengurus tadbir semua muzium-muzium di Malaysia. Agensi ini menggunakan portal web sebagai medium untuk penyampaian maklumat dan aktiviti untuk makluman rakyat Malaysia khususnya. JMM sebelum ini telah menggunakan Drupal sebagai platform asas untuk portal yang dipacukan dengan versi 6.
Proses menaik taraf portal sebeleum ini melibatkan dua perkata utama iaitu reka bentuk halaman dan peningkatan versi kepada Drupal 7. Naik taraf kepada Drupal 7 membuka ruang kepada portal sedia ada menggunakan modul tambahan yang lebih efisien di samping prestasi yang ketara antara kedua-duanya.
Theme
Reka bentuk laman di bina dengan mengambil inisiatif warna logo JMM. Konsep "flat design" dengan saiz persembahan slaid yang besar telah digunakan. Walau bagaimanapun, rekaan masih terhad untuk mengekalkan ciri-ciri dan keperluan yang ditetapkan sebagai sebuah portal rasmi kerajaan Malaysia. Kesan-kesan khas untuk animasi dijana menerusi penggunaan JQuery dan CSS3. Oleh itu, had sokongan terhadap versi dan jenis perisian pelayar telah minimumkan kepada Internet Explorer versi 7.
Modul
Kebanyakan modul yang digunakan semasa versi Drupal 6, diguna kembali dengan kemas kini kepada sokongan versi Drupal 7. Perkara yang paling ketara adalah pengurangan bilangan modul daripada 103 kepada 42 sahaja. Perbezaan jumlah yang besar ini memberi kelebihan untuk portal berfungsi dengan lebih stabil dan pantas. Di samping itu, satu modul khas telah dibina bagi menggantikan modul statistik yang digunakan sebelum ini.
Modul yang dinamakan HSR Counter adalah modul statistik yang tersangat ringkas dan ringan. Ianya tidak menyimpan sejarah maklumat seperti yang dijana oleh module Counter sebelum ini. Bagi portal yang terlampau aktif, kueri yang dijalankan oleh Counter tersangat berat sehingga memberi tekanan kepada pelayan sehingga 80-90% ketika waktu separa puncak. Modul HSR Counter bertindak hanya menyimpan satu maklumat dalam satu baris pangkalan data sahaja.
Cabaran utama bagi projek ini adalah memastikan semua fungsi dwi-bahasa (bahasa Malaysia dan English) berjalan dengan sempurna. Aspek terutama pautan, menu dan "local path" terpaksa diuji lari beberapa kali akibat perpindahan lokasi fail yang disimpan dalam pelayan.