Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Perlu atau tidak Custom module?

10 Dec 2012 - 08:47 am

Sering kali bertemu dengan pengguna Drupal, saya sering dikejutkan dengan permintaan untuk membina "custom module" bagi melaksanakan sesuatu tugasan pada laman web mereka. Terutama bagi yang menggunakan Drupal sebagai platform untuk pembinaan sistem berasaskan web.

Drupal sememangnya menyokong pembinaan sistem yang kompleks dan disulami dengan fungsi-fungsi yang sememangnya diluar jangkaan. Namun pembangunan yang bijak seharusnya menggunakan apa yang sedia ada di depan mata.

Komuniti Drupal menyediakan hampir 20 ribu modul tambahan dari pelbagai versi Drupal. Jadi kenapa membazir masa dan tenaga membina modul secara khas sedangkan pilihan ada di depan kita.

# Jadi waktu bila perlu custom module?

Sekiranya fungsi dan hasil yang kita inginkan tidak disediakan oleh mana-mana modul setelah habis menyelongkar semua salah silah halaman modul di https://www.drupal.org.

Fungsi yang diperlukan terlalu mudah dan ringkas. Tetapi tidak bercadang untuk menambah upaya fungsi dalam masa terdekat.

Kategori: 
Tags: 
custom module