Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Pemeringkatan kandungan (content staging) dalam Drupal 8

05 Jun 2013 - 06:50 pm

Drupal 8 sudah semakin dekat untuk dilepaskan oleh pihak komuniti Drupal.org yang dijangka bakal menggemparkan dunia pembangunan laman web sekali lagi pada bulan September 2013 ini. Drupal 8 dilihat satu titik baru kepada Drupal itu sendiri kerana seakan-akan dijenamakan semula dengan pelbagai fungsi, susunan kod dan integrasi dengan beberapa elemen tambahan yang baru.


Pada awal pembangunan, Drupal 8 menekankan kepada lima aspek elemen utama dalam penambahbaikkan yang akan dilakukan. Walau bagaimanapun, setelah beberapa perbincangan dan inisiatif yang dilakukan, akhirnya kini jelas Drupal 8 telah memfokuskan kepada tujuh (7) aspek pembangunan utama iaitu Configuration Management, HTML5, Layouts, Mobile, Multilangual, Views in Core dan Web services.


Perkara yang paling menarik untuk dibicarakan kali ini adalah mengenai topik pemeringkatan kandungan atau Content staging di bawah aspek Configuration Management. Berdasarkan kepada standard NPR yang menekankan konsep COPE (Create One, Publish Everywhere), penghasilan kandungan merupakan antara ruang atau jarak yang paling besar dalam satu-satu sistem pengurusan kandungan.


COPE is really a combination of several other closely related sub-philosophies, including:


  • Build content management systems (CMS), not web publishing tools (WPT)
  • Separate content from display
  • Ensure content modularity
  • Ensure content portability


https://www.programmableweb.com/news/cope-create-once-publish-everywhere/2009/10/13


Create One Publish Everywhere

Konsep Create One, Publish Everywhere


Bagi membenarkan konsep COPE diimplementasi dalam Drupal 8 telah menjadi perbahasan yang agak tegang antara pihak komuniti memandangkan penggunakan WYSIWYG atau teks editor CKEditor mengandungi markup atau kod HTML. Setiap platform paparan mempunyai format tersendiri dalam persembahan kandungan. Antara cadangan yang dinyatakan adalah untuk tidak menggunakan sebarang editor atau mencipta editor tersendiri yang mengasingkan teks dan markup. Dengan cara ini, teks disimpan di dalam pangkalan data sebagai raw atau plain text. Manakala markup pula disimpan berasingan dan dipanggil sewaktu teks diterjemahkan ke dalam bentuk paparan Drupal.


Walau bagaimanapun, pendapat dan idea ini tidak diterima memandangkan visi atau pandangan yang diberikan terlalu jauh ke hadapan sedangkan fokus dan tujuan utama Drupal 8 adalah menyediakan satu platform penghasilan kandungan secara lebih mudah, teratur dan berperingkat. Kandungan tersebut pula mengaplikasikan HTML5 dan memaksimumkan konsep responsive. Tambahan, pihak komuniti bersetuju bahawa tidak menjadi masalah untuk mengetengahkan konsep COPE satu masa nanti memandangkan Drupal pemproses setiap kandungan menerusi Input Format atau dalam D7 Text Format.


Kelebihan Text Format adalah kandungan disimpan dalam bentuk teks dan markup yang asal daripada input. Sebelum ianya dilepaskan kepada sistem theme layer, kandungan diproses dan ditapis oleh Text Format. Maka sekiranya kandungan tersebut diperlukan oleh kandungan lain, ianya akan melalui pemprosesan sebelum dihantar mengikut jenis dan bentuk format yang diperlukan.


Dengan kombinasi yang sedia ada, setiap kandungan akan melalui beberapa peringkat yang ditambah baik termasuklah menggunakan konsep modul Workflow. Kandungan dalam Drupal 8 kini boleh ditetapkan untuk melalui frasa deraf, terbitan, terbitan dilaman utama, terbitan yang diutamakan dan tidak dipaparkan.

Kategori: 
Tags: 
drupal 8
cope
create one publish everwhere
content staging
workflow