Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Pelbagai integrasi pendaftaran pengguna pada sistem Drupal

01 May 2013 - 07:28 pm

Dengan merujuk kepada artikel terbaru yang ditulis di laman Kripkorn Studios, "Konsep asas sistem log masuk dan log keluar", Drupal menyediakan pelbagai bentuk sistem pendaftaran pengguna termasuklah menerusi integrasi sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kengkangan yang menyebabkan integrasi ini gagal dijalankan dengan sempurna pada Drupal.


Integrasi siap sedia dengan sistem lain


Seperti sedia maklum, terdapat lebih ratusan sistem pengurusan kandungan yang dibina dan dicipta semenjak lahirnya konsep sumber terbuka ini. Setiap sistem mempunyai fokus dan minat tersendiri seperti blog, forum dan pengurusan media.


Sekiranya mana-mana sistem Drupal telah diintegrasikan dengan lain-lain sistem pengurusan kandungan, penggunaan integrasi pendaftaran pengguna menerusi sosial media akan gagal. Antara modul yang disediakan pada Drupal adalah seperti Facebook OAuth dan Facebook Connect.


Kegagalan ini bukan disebabkan oleh kekurangan pada Drupal tetapi perbezaan token pengesahan atau sesi ID yang diberikan oleh aplikasi Facebook kepada Drupal. Sekiranya sistem sepenuhnya bergantung kepada Facebook sahaja, integrasi Drupal--CMS lain--Facebook boleh dijana tanpa sebarang masalah.


Tetapi perlu diberi perhatian bahawa tidak semua pengguna yang hadir mempunyai akaun Facebook. Kengkangan ini memaksa Drupal perlu menyediakan alternatif sistem pendaftaran atau log masuk yang asal. Pendaftaran atau sesi log masuk menggunakan sosial media ini tidak akan menghasilkan kata laluan memandangkan pengesahan dibuat menerusi aplikasi yang disediakan. Oleh itu sekiranya pengguna telah memadamkan akaun sosial medianya, maka tiada cara untuk log masuk ke dalam sistem secara manual.


Pengesahan aktiviti dan kewujudan akaun


Drupal menetapkan beberapa maklumat yang akan aktif dikemas kini menerusi proses log masuk secara lalai. Seandainya kaedah log masuk digantikan menerusi sosial media, aktiviti ini tidak akan dipantau dan disimpan. Ini menyebabkan beberapa keperluan maklumat yang diperlukan dalam integrasi antara Drupal dengan CMS yang lain tidak boleh dijalankan.


Ini menyebabkan pengguna log masuk pada Drupal tetapi tidak mendapat pengesahan daripada sistem yang satu lagi. Situasi ini berlaku pada laman Kripkorn Studios di mana cubaan untuk menyediakan kemudahan integrasi dengan sosial media gagal dilaksanakan.


Sehingga kini, masih belum ada jalan penyelesaian untuk permasalahan ini.

Kategori: 
Tags: 
integrasi
phpBB
fbconnect
fboauth
facebook
twitter