Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Kajian semula halaman utama Kripkorn Studios

25 Mar 2012 - 12:20 am

Semenjak 1 Januari 2011, theme terbaru versi 4 telah digunakan sepenuhnya pada Kripkorn Studios. Banyak perubahan telah dilakukan pada theme yang asal dengan menerapkan banyak fungsi dan maklumat yang dianggap perlu. Dan kini dapat dilihat paparan terkini seperti di bawah.



  1. Slideshow yang memaparkan artikel terkini. Sebanyak 3 artikel terbaru dipaparkan dalam satu-satu masa.
  2. Makluman mengenai perkembangan Drupak terkini (versi Drupal dan statistik laman)
  3. Statistik penuh dan aktiviti yang berlaku di laman
  4. Paparan artikel-artikel sedia ada secara rambang menerusi grid. Enam artikel dipaparkan pada satu-satu masa.
  5. Menyenaraikan komen-komen terkini dihantar pada sebarang tutorial
  6. Senarai berita terbaru yang dihantar berkaitan dengan perkembangan Kripkorn Studios
  7. Pengiklanan dan makluman bebas
  8. Topik-topik daripada forum (sistem phpBB3)

Kandungan dan informasi walaupun telah disusun dengan menggunakan format grid, tetapi setelah satu kajian mengenai tahap prestasi halaman utama dijalankan, keputusan yang diperoleh seperti berikut:



Terdapat 47 permintaan dilakukan untuk melengkapkan proses penghasilan laman utama. Selain itu laman selesai dibina dalam tempoh 12 saat. Satu tempoh yang terlalu panjang dan lama untuk mencapai tahap prestasi yang optimum.


Perubahan perlu dilakukan terhadap halaman utama. Antara perkara yang akan dilakukan adalah mengurangkan jumlah dan sasaran maklumat yang perlu dipaparkan. Mengurangkan modul yang dilihat tidak digunakan sepenuhnya. Mengurangkan jumlah capaian dan permintaan. Terakhirnya, rekaan dan susunan baru perlu dijalankan untuk memenuhi keperluan seperti yang dirancang.

Kategori: 
Tags: 
laman utama
prestasi