[Ebook] Bina Laman Perniagaan Mudah dengan OpenCart

cover book opencart


Setelah hampir selama 16,895 minit (11.7 hari) diperuntukkan, akhirnya sebuah lagi buku versi digital telah berjaya diterbitkan. Buku ini yang mempunyai 110 muka surat dengan 14,338 patah perkataan membicarakan dengan mendalam cara-cara untuk membina sebuah laman web jenis perniagaan atau lebih komersil dikenali sebagai "e-Commerce". Dapat dilihat kelebihan internet pada hari ini membolehkan sesiapa sahaja menjual produk dan barangan mereka dengan mudah tanpa melibatkan kos yang tinggi.


Apabila berbicara mengenai "e-Commerce" masih ada yang belum memahami terma-terma yang biasa digunakan dalam dunia internet. Antaranya seperti "Shopping cart" atau lebih mudah dipanggil troli belian. Sebenarnya sistem atau mekanisma yang dipraktiskan dalam internet menyamai dengan keadaan realiti kita membeli-belah. Apabila berkunjung ke pasar raya untuk membeli barangan, kita kebiasaanya akan membawa troli atau bakul.


business workflow mechanism
Mekanisme aliran pembelian produk atas talian


Konsep ini dipraktiskan dalam sistem OpenCart di mana troli tersebut mengumpul dan menempatkan barang-barang yang ingin dibeli oleh pelanggan. Kelebihan sistem elektronik ini ianya memberi maklumat segera kepada pelanggan. Semua maklumat seperti harga, bilangan produk yang diambil, diskaun dan kos penghantaran akan dikira secara automatik. Berbeza dengan penggunaan platform percuma seperti Facebook atau Blogspot, ianya tidak dilengkapi dengan fungsi ini kerana tujuan pembangunan platform itu adalah untuk berkongsi dan bersosial.


Sungguhpun begitu, sememangnya platform media sosial ini penting sebagai medium untuk hebahan dan promosi produk-produk jualan. OpenCart menyediakan kemudahan untuk sesiapa sahaja termasuk pengendali laman berkongsi terus kandungan atau produk ke media sosial menerusi butang "Sharing" atau "Like". Maklumat dan data diterjemahkan dalam bentuk RDF yang merupakan kerangka perkongsian maklumat piawai pada kebanyakan media sosial. Bermakna kita tidak perlu lagi untuk menulis maklumat penting seperti harga, saiz dan penerangan produk pada media sosial.


Buku ini mengandungi 10 bahagian utama yang disusun secara sistematik mengikut tahap kepentingan dan keperluan. Setiap bahagian diterangkan secara mendalam bersama gambar dan contoh kemasukkan "dummy" bagi melihat hasil yang bakal diperolehi. Bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki sebuah laman web perniagaan sendiri, buku ini sangat sesuai dan berbaloi untuk dimiliki.


LANGGAN SEKARANG

Kategori