Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Drupal hanya sesuai untuk pelantar pelayan yang tinggi?

26 Mar 2012 - 11:45 pm

Spekulasi lapuk ini selalu dibincangkan hangat oleh pengguna diluar sana. Drupal memerlukan spesifikasi pelayan yang tinggi untuk dijalankan. Drupal tidak mampu untuk dijalankan pada pelayan jenis perkongsian. Semuanya mitos dan hanya dipropagandakan sahaja.

Bermula dari Drupal 4 sehinggalah sekarang kemunculan Drupal 7 dan Drupal 8 yang dalam pembinaan, Drupal mampu dijalankan pada pelantar yang terhad dan minimum. Jangan beranggapan laman web itu hanya mempunyai pemasangan asas sebaliknya dilengkapi dengan beberapa modul yang mempunyai fungsi dan keupayaan yang besar.

Saya mempunyai pendekatan yang berlainan. Setiap laman web atau sistem yang dibina dengan Drupal akan fokus kepada fungsi dan matlamat ianya dibina. Tidak perlu memuatkan puluhan fungsi bagi membezakan laman kita dengan orang lain. Sebaliknya satu fungsi yang digunakan 100% lebih berbaloi berbanding 100 fungsi yang hanya digunakan 10% sahaja.

Sememangnya Drupal akan menggunakan sumber yang besar dengan penglibatan dan pemasangan modul tambahan secara tidak terkawal. Dan kesan ini diaplikasikan kepada semua sistem pengurusan kandungan, bukan tertumpu kepada Drupal sahaja. Apa yang penting adalah fokus secara mikro kita kepada setiap abiliti yang diterapkan dalam satu-satu sistem.

Sepanjang penglibatan saya menggunakan Drupal, saya lebih selesa menjalankan proses pengoptimuman pada pelantar jenis perkongsian. Walaupun dalam keadaan terhad dari segi akses kepada fungsi dan capaian konfigurasi pelayan, ia memberi saya satu motivasi untuk meminimumkan penggunaan sumber Drupal tetapi menyediakan fungsi yang jauh berguna berbanding keupayaannya yang sebenar.

Kategori: 
Tags: 
shared hosting
pelayan jenis perkongsian