Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Drupal 7 lebih berpotensi daripada Drupal 6

23 Aug 2012 - 09:11 am

Semenjak kelahiran Drupal 7 seawal tahun ini, ramai pengguna Drupal mula mengagumi keupayaannya sebagai sebuah sistem yang lebih menjanjikan. Ditambah dengan peningkatan yang dibuat terhadap papara penggunaan dan beberapa fungsi asal diperbaiki.

Paling menarik dalam Drupal 7 adalah proses kemas kini modul tambahan. Sebelum ini aktoviti seperti ini perlu dijalankan secara lebih teknikal. Pengguna perlu menggunakan perisian atau akses menerusi FTP, log masuk ke dalam pelayan dan kemas kini kepada versi modul terbaru.

Penambahbaikkan yang sangat drastik dalam D7 membolehkan sesiapa sahaja tidak mengira pengendali laman atau pengguna baru dapat mengemas kini modul hanya melalui Drupal sahaja. Modul Update manager yang ditambah baik ini menyokong proses memuat turun modul dari pelayan Drupal.org terus ke pelayan laman. Proses ini semuanya dijalankan secara automatis hanya dengan beberapa klik sahaja.

Kemas kini modul adalah sangat penting bagi menjamin laman Drupal tidak terdedah kepada masalah keselamatan yang boleh mengundang kepada aktiviti godaman daripada sesetengah pihak.

Kategori: 
Tags: 
update manager