Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Ulasan mengenai Samsung Galaxy S3

Hari ini boleh dikatakan hampir semua memiliki telefon pintar sebagai salah satu kelengkapan kepada keperluan hidup. Dalam artikel kali ini, saya ingin menyentuh Samsung Galaxy S3. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih Galaxy S3 berbanding telefon dan gajet yang seangkatan dengannya.

Skrin dan paparan gambar

Memang tidak dinafikan Super Amoled HD mampu untuk memaparkan gambar yang lebih baik dari segi tona warna dan ketelusan cahaya. Apa yang menarik, saya sangat sukakan bentuk dan rekaan cermin telefon tersebut. Bahagian bucu telefon dibentuk secara lengkung bagi memberi rasa genggaman yang lebih lembut. Skrinnya diperbuat daripada kaca yang tahan calar. Menariknya, tahap sensitif terhadap gerakan dan sentuhan jari telah dipertingkatkan.

Ditambah pula dengan rekaan dan ketelitian pada hujung cermin yang lembut sangat seronok untuk dipegang pada telapak tangan. Paparan gambar sangat cerah dan terang. Warna-warna yang dihasilkan jauh lebih jelas dan tepat terutamanya warna hitam dan putih. Grafik dan ikon ternyata lebih menonjol pada skrin S3.

Bentuk rekaan

S3 saya lihat tidak banyak berbeza dari S dan S2 dari segi reka bentuknya. Atau mungkin reka bentuk ini sudah menjadi sinonim dan mental model dalam ciptaan telefon pintar. Tetapi saiz skrinnya saya anggap cukup untuk saiz tapak tangan. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Penggunaan pada sebelah tangan sahaja masih lancar tanpa sebarang kengkangan memerlukan dua tangan.

Saiz yang cukup besar memberi pengalaman berbeza sewaktu melayari internet dan aplikasi selain seronokan ketika bermain permainan. Seperti yang dijangka, saiz skrin yang besar juga terpaksa mengorbankan kemampuan bateri untuk bertahan lebih lama. Tetapi terdapat beberapa aplikasi dan sistem Android sendiri untuk mengawal dan memanjangkan hayat penggunaan selepas setiap kali bateri dicas penuh. Antaranya adalah mengurangkan kelajuan cip pemprosesan ke tahap minimum. Selain itu, di Malaysia S3 didatangkan dengan pemprosesan Quad Core. Kawalan penggunaan tenaga juga dibuat terhadap penggunaan 4 atau 2 core sahaja bergantung kepada tetapan.

Bunyi

Saya seorang yang sangat menghargai dan suka kepada muzik. Jadi untuk bahagian ini kurang berpuas hati kerana S3 masih didatangkan dengan satu pembesar suara dan bukan dua. Mungkin ini adalah langkah untuk melakukan penjimatan penggunaan kuasa bateri. Namun penggunaan "ear phone" ternyata mampu menjana muzik yang cukup sempurna bunyinya.

Tag bebas: 
2014 Copyright. All right reserved.