Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Portfolio

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah memilih Drupal sebagai enjin untuk menggerakkan portal rasmi mereka semenjak tahun 2007 lagi dengan berasaskan kepada Drupal 5. Projek kali ini adalah menaik taraf portal rasmi sedia ada kepada Drupal 7. Proses naik taraf yang melibatkan penyimpanan data hampir 6 tahun merupakan satu tugasan yang agak mencabar.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) merupakan salah satu agensi kerajaan yang mengawal dan menyelia perihal berkaitan ubat-ubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada tahun 2012, pihak BPF telah didedahkan dengan keupayaan sistem Drupal dalam mengendalikan kandungan, maklumat dan data secara lebih spesifik, terbuka dan mengikut prosedur dan keperluan agensi tersebut. Melihat kepada kemampuan dan keyakinan terhadap Drupal, bahagian yang bertanggung jawab telah mencadangkan agar portal sedia ada dinaiktarafkan kepada Drupal 7.