Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Bengkel Pembangunan Laman Web Drupal 7 di Pejabat Tanah dan Galian Selangor

28 Feb 2014 - 07:17 pm

Pada 25 hingga 27 Februari 2014, bengkel Pembangunan Laman Web Drupal 7 telah berjaya disempurnakan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Bengkel ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada staf Seksyen Teknologi Maklumat yang menguruskan portal rasmi jabatan tersebut. Seramai 7 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang diadakan di lokasi agensi.

bengkel drupal ptgs

Pejabat Tanah dan Galian Selangor mengemas kini laman portal mereka daripada sistem Easy Publisher kepada Drupal 7 setelah mempertimbangkan keupayaan Drupal sepenuhnya. Drupal dipilih kerana mampu untuk memenuhi keperluan fungsian terutamanya paparan portal itu sendiri.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara total agar pihak staf dapat mengendalikan portal yang telah dibangunkan dengan lebih yakin. Secara kasar, bengkel kali ini dijalankan menggunakan modul asas dan pertengahan. Walau bagaimanapun terdapat sedikit pengubahsuaian garis pembelajaran asal memandangkan ke semua peserta yang hadir mempunyai latar belakang teknologi maklumat yang kuat.

bengkel drupal ptgs

Di akhir bengkel ini, boleh disimpulkan peserta mendapat kefahaman yang lebih jelas mengenai Drupal, bagaimana ianya berfungsi dan melakukan konfigurasi asas pada Drupal. Difahamkan peserta yang hadir bakal membangunkan sebuah sistem ringkas untuk kegunaan dalaman menggunakan Drupal. Semoga berjaya.

Kategori: 
Tags: 
bengkel
drupal 7
pejabat tanah dan galian
ptgs