Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Bengkel Pembangunan Laman Web (Drupal Asas) di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor

29 Nov 2013 - 02:03 pm

Pada 25 dan 26 November 2013 yang lalu telah berlangsung di MSC Cyberport, Johor Bharu satu bengkel pembangunan laman web dengan Drupal 7 memfokuskan kepada modul pembelajaran peringkat asas. Bengkel ini dihadiri hampir 15 orang peserta yang berpangkat pegawai farmasi, berorientasikan pembelajaran secara praktikal mendapat reaksi yang memuaskan.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Drupal sebagai alat dan aset untuk membangunkan laman web. Ini kerana hampir ke semua peserta tidak pernah mempunyai pengalaman dalam menggunakan sistem sumber terbuka. Selain itu, latar belakang yang tidak berpaksikan kepada teknologi maklumat adalah antara cabaran paling tegar untuk bengkel kali ini.

bengkel pembangunan drupal bpf johor

Pihak penganjur mengharapkan hasil daripada kursus yang dijalankan, peserta berupaya untuk membina laman web agensi sendiri. Walaupun sukatan dan modul bengkel yang agak ketat, kebanyakan peserta mampu untuk menggunakan Drupal semasa sesi dijalankan. Terma-terma dan suntingan asas dalam menggunakan Drupal berjaya dilaksanakan dengan baik. Sungguhpun begitu terdapat beberapa modul peringkat pertengahan diselitkan agar peserta mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kekuatan dan fleksibelnya menggunakan Drupal.

bengkel pembangunan drupal bpf johor

bengkel pembangunan drupal bpf johor

Pada pengakhiran bengkel, pada pengamatan kami ianya berjaya memberi pendedahan, pengalaman baru dan kemahiran yang belum pernah dimiliki oleh peserta. Semoga setiap peserta mendapat kebaikan daripada kursus yang dianjurkan.

Kategori: 
Tags: 
bengkel
drupal 7
farmasi