Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Bengkel pembangunan sistem Drupal siri ke-2

28 Dec 2011 - 12:48 am

Mungkin sudah agak terlambat sedikit untuk entri ini dimuatkan dalam blog. Walau bagaimanapun acara ini perlu didokumenkan di blog saya. Seperti sedia maklum, ini adalah siri kedua untuk bengkel pembangunan sistem dengan Drupal diadakan. Dan ianya merupakan bengkel terakhir untuk tahun 2011. Telah diadakan pada 4 hingga 8 Disember 2011 di Hotel Impian Morib, bengkel ini adalah yang paling lama pernah saya hadiri dan menjadi peserta.

Bengkel yang dijalankan selama 5 hari ini menekankan kepada "finishing" terhadap projek yang dijalankan pada bengkel yang terdahulu. Ketika ini, para peserta sudah terbiasa dengan sistem Drupal. Peningkatan memang ketara dapat dilihat. Untuk kali ini pseserta sudah terbiasa dengan modul utama seperti Views dan CCK. Malahan mereka sudah mampu untuk mencipta dan memanggil data-data daripada sistem dengan kemahiran tersendiri.

Malahan ada antara peserta yang membantu peserta yang lain dalam Drupal dari segi teknikal dan pengajaran secara tutor ringkas. Pengisian bengkel ini bukan sekadar membina, saya memberikan dua tajuk ceramah kepada hadirin. Tajuk yang pertama adalah "Konsep dan asas pembangunan sistem". Ceramah ini menyentuh perkara-perkara asas yang perlu diketahui, sebab dan akibat dalam menggunakan Drupal untuk pembangunan sistem.

Ceramah yang kedua pula bertajuk "Pengenalan dan asas Drupal 6". Dalam ceramah ini saya menyentuh aspek dan perkara asas yang perlu dan masih belum diketahui secara mendalam oleh peserta dalam bengkel-bengkel sebelum ini. Memandangkan Drupal mempunyai banyak fungsi yang perlu diterokai, ceramah ini sepatutnya diadakan pada pertama kali Drupal diperkenalkan. Namun disebabkan beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan, saya terpaksa akur dengan program dan aturcara pihak urus setia.

Kategori: 
Tags: 
bengkel
pembinaan sistem
bengkel kedua