Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Bengkel pembangunan sistem dengan Drupal 6 di Bahagian Perkhidmatan Farmasi

08 Jun 2011 - 06:22 pm

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) telah menjemput saya untuk menjadi penceramah bagi pembangunan sistem menggunakan PHP dan MySQL. Bengkel ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan pengenalan kepada para peserta berkaitan dengan pembangunan sistem. Ini adalah salah satu inisiatif yang diambil boleh Bahagian untuk membolehkan pembangunan sistem dilakukan secara dalaman.

Bengkel ini dijalankan secara berperingkat memandangkan kebanyakan peserta yang mengikuti bengkel ini tidak mempunyai sebarang asas dalam pembangunan sistem (kerana asas mereka adalah dalam bidang Farmasi). Setakat ini, sebanyak 2 sesi telah dijalankan selama 5 hari keseluruhannya. Bengkel ini bermula pada 18 dan 19 Mei 2011.

Image icon2011-06-09 09.12.47.jpg

Pada sesi pertama, saya menerangkan secara asas mengenai PHP dan MySQL. Walaupun jika ikut kepada tatacara pembelajaran, adalah lebih baik memperkenalkan HTML dan CSS terlebih dahulu. Kemudian ikuti dengan konsep sistem bekerja dan berfungsi sebelum memasuki ruang pembangunan dengan kod PHP dan MySQL untuk binaan sistem berasaskan web. Sesi pertama ini akan sukar kerana mereka semua bukanlah dari bidang tersebut dan untuk memberi pemahaman yang mudah, saya terpaksa merendahkan peringkat pengajaran kepada satu tahap yang lebih rendah berbanding biasa yang dijalankan.

Image icon2011-06-09 09.12.36.jpg

Kemudian pada 7 dan 8 Ju 2011, sekali lagi bengkel ini disambung. Pada sesi kali ini saya memperkenalkan Drupal sebagai salah satu sistem pilihan untuk pembinaan sistem. Ternyata penggunaan Drupal memberikan satu pengalaman yang baru dan boleh diterima oleh para peserta. Selapas sehari memperkenalkan Drupal, pada hari kedua saya agak kagum dengan kebolehan peserta yang sudah mampu membina sistem sendiri. Bayangkan betapa mudahnya penggunaan Drupal. Pada hari terakhir, peserta hanya mengambil masa separuh hari (4 jam) sahaja. Sistem yang ringkas -- untuk pengumpulan data yang memerlukan "custom" medan input sebanyak 20 dilakukan sendiri.

Dalam sesi ini, saya hanya menunjukkan penggunaan 2 modul sahaja iaitu Content Construction Kit dan Views. Ternyata dua modul ini sahaja sudah cukup untuk membina "custom" sistem yang mengikut keperluan dan bentuk paparan data. Maklum balas yang peserta ternyata mereka begitu teruja dan kagum dengan kebolehan Drupal walaupun ianya dibina untuk tujuan pembangunan laman web, tapi kini saya manipulasikan Drupal untuk dijadikan sebagai pembangunan aplikasi sistem laman web.

Kategori: 
Tags: 
pembangunan sistem
farmasi