Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Selesai: Kursus pembangunan laman web dengan Drupal 6

16 Mar 2011 - 09:26 pm

Image iconberjaya.png

Pada 14, 15 dan 16 Mac 2011 telah berlangsung satu bengkel pembangunan laman web dengan menggunakan Drupal 6 telah berjaya dan selesai dianjurkan. Bengkel ini disertai oleh 3 orang yang ke semuanya bertugas dan berkhidmat di sektor kerajaan. Ketiga-tiga peserta ini semuanya dari unit pembangunan maklumat yang membangunkan sistem serta laman web untuk bahagian masing-masing.

Bengkel ini bermula pada hari Isnin, 14 Mac 2011 dan telah berlangsung selama 3 hari. Ia merupakan kursus Drupal yang pertama kali dianjurkan oleh saya sebegitu lama. Selalunya bengkel ini hanya mengambil masa selama 2 atau sehari sahaja. Memandangkan semua peserta begitu teruja dengan Drupal, saya terpaksa memanjangkan tempoh pembelajaran dari 2 hari kepada 3 hari sepenuhnya. Jika mengikut jadual, pembelajaran Drupal hanya terhad kepada hari pertama dan kedua sahaja manakala hari ketiga fokus kepada pembinaan dua contoh sistem iaitu laman web jenis portal dan sistem iventori.

Image iconbengkel-drupal-6-shoot-1.png

Image iconbengkel-drupal-6-shoot-2.png

Image iconbengkel-drupal-6-shoot-3.png

Walau bagaimanapun, saya rasa sangat berpuas hati menganjurkan kursus pada kali ini memandangkan para pesert hampir 80% berjaya menguasai Drupal dalam tempoh yang begitu singkat. Ini juga serba sedikit memberikan panduan dan semangat kepada saya untuk meneruskan kelas-kelas pembelajaran pada masa akan datang.

Kategori: 
Tags: 
bengkel
drupal 6
berjaya