Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Kursus pembangunan laman web dengan Drupal 6 (kali ke-2)

09 Feb 2011 - 05:37 pm

Kursus pembangunan laman web dengan Drupal 6

Salam sejahtera semua.

Selepas mendapat banyak pertanyaan dan cadangan mengenai kursus pembangunan laman web menggunakan Drupal 6, pihak kami sekali lagi kembali untuk menganjurkan kursus ini selepas kursus yang pertama dahulu dianjurkan.

Maklumat lengkap dan mengenai kursus ini untuk kursus kali ini seperti berikut:

  • Tarikh: 14, 15 dan 16 Mac 2011
  • Lokasi: Hotel UiTM Shah Alam
  • Masa dan tempoh: bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang selama 3 HARI
  • Modul dan agenda: merangkumi modul sukatan asas, pertengahan dan pembangunan laman secara total dengan Drupal 6
  • Keperluan: sesiapa sahaja boleh menyertai kursus ini, tidak kira ada asas atau tidak (perlu bawa laptop sendiri).
  • Kemudahan:
    Dewan latihan yang selesa dan luas
    Sebanyak 3 kali sesi makan+minum (disediakan pihak hotel) setiap hari
    Nota dan media dalam bentuk CD diberikan, laptop perlu dibawa sendiri
  • Penginapan: peserta perlu menguruskan sendiri penginapan, boleh terus berhubung dengan pihak Hotel UiTM, Shah Alam. Pihak kami akan cuba membantu anda dalam hal penginapan ini.
  • Bayaran: RM 680 (bayaran tunai) dan RM 780 (RM680 + 15% -- cukai dan kos pengurusan) untuk bayaran menerusi LO (untuk kerajaan)
  • Penyertaan: maksimum 10 orang

Untuk bayaran tunai, anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM300 bagi mendapatkan tempat latihan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum dari tarikh bengkel latihan. Baki bayaran boleh dibuat pada hari bengkel bermula. Pastikan anda memberikan maklumat diri dan nombor rujukan transaksi ke emel kami: parasolx[at]gmail.com untuk pengesahan.

Anda boleh membuat bayaran ke bank-bank berikut:

  • Maybank
    1621-0675-0761
    Mohd Hadafi Mohd Yasim
  • CIMB
    0208-0066-7955-26  
    Mohd Hadafi Mohd Yasim

Untuk pesanan setempat (Local Order/Purchase), anda perlu menghubungi saya di alamat email parasolx[at]gmail.com untuk pihak kami menghantar "Quotation" dan surat tawaran secepat mungkin.

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh ditujukan di kiriman ini atau emelkan terus kepada pihak kami menerusi "Borang pertanyaan".

Kategori: 
Tags: 
bengkel
kursus kedua