Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Starcraft Stashden Community menggunakan Drupal

Spesifikasi: 

Stashden Community merupakan satu laman web yang menempatkan dua komuniti (setakat ini) untuk permainan elektronik iaitu Starcarft 2 dan Dota 2. Stashden merupakan produk kendalian sebuah syarikat tempatan yang dinamakan Duskbin E-Sports Sdn Bhd. Projek Starcraft Stashden Community ini menerapkan konsep penyebaran dan pusat maklumat berkenaan dengan perkembangan permainan elektronik khas untuk negara Malaysia. Sehingga hari ini, kesukaran bagi pihak permainan komputer untuk mendapatkan maklumat memandangkan tiada laman web khas.

Starcraft 2 Stashden Community telah menjadi laman web pertama di Malaysia yang mengumpul dan memaparkan ulasan mengenai pertandingan, liga dan aktiviti permainan elektronik meliputi dalam dan luar negara. Di samping memerlukan sebuah laman web yang memaparkan aritkel, portal ini juga menerapkan beberapa fungsi tambahan yang meneyenaraikan maklumat yang diperlukan oleh seorang pemain seperti "livestreaming" dan agenda yang akan dijalankan.

Modul

Dalam projek ini, kebanyakan modul yang digunakan adalah modul-modul biasa yang diperlukan oleh sebuah website komuniti. Namun yang menjadi perhatian saya adalah skrip gabungan PHP dengan Drupal yang dicipta secara khas untuk memanggil dan menterjemahkan senarai ahli-ahli yang bersiaran secara langsung di laman web.

Skrip ini memanggil maklumat daripada penyedia siaran langsung iaitu Twitch.TV kemudiannya menyemak senarai ahli yang tertentu sedang bersiaran atau tidak. Seterusnya dengan sistem dalaman Drupal, maklumat ini dihantar untuk menghabiskan satu halaman secara dinamik. Halaman ini akan memaparkan siaran tersebut secara terus di laman web Stashden -- tanpa memerlukan pengguna melawat Twitch.TV. Kepada mana-mana pihak yang berminat dengan skrip ini, anda boleh hubungi saya.

Selain itu, dengan melakukan integrasi modul Drupal Chat, prestasi laman dilihat lebih lama dilawati oleh pengguna. Sehingga hari ini, kebanyakan pemain di Malaysia sukar mencari tempat untuk berkongsi pengalaman secara tempatan sebaliknya menumpang laman-laman antarabangsa yang tidak menyediakan ruangan khas untuk Malaysia.

Selain itu, pihak Stashden juga menerapkan elemen untuk penjualan yang dilaksanakan dengan modul Basic Cart. Modul ini membolehkan janaan sebutharga dan inbois dilakukan tanpa melibatkan simpanan dalam pangkalan data. Maklumat pembelian pula dihantar menerusi emel sahaja.

Pihak tuan tanah juga meminta untuk proses pendaftaran dipermudahkan dengan bantuan sinkronasi daripada akaun Facebook. Selain itu, sistem komentar juga digantikan dengan Facebook Comment. Keadaan ini membenarkan setiap artikel secara automatisnya disebar dan dikongsi menerusi akaun Facebook secara tidak langsung. Integrasi sesi log masuk juga dimuatkan untuk menjadikan Single Sign Online antara Starcraft 2 dan Dota 2.

Theme

Pilihan theme untuk projek kali ini lebih berkisarkan kepada "gaming". Penggunaan gambar yang banyak dan disusun dalam bentuk grid untuk setiap artikel memberikan satu gambaran dan paparan yang berlainan. Dengan bantuan daripada JQuery, beberapa animasi dimuatkan ke dalam rekaan. Setiap bahagian mempunyai kesan khas seperti "sliding up" apabila kursor tetikus digerakkan pada paparan artikel. Selain itu animasi pertukaran warna latar belakang bagi butang borang juga dimasukkan.

Paling menarik adalah penggunaan CSS3 sepenuhnya. Kehadiran @font-face dalam CSS3 membenarkan penggunaan jenis tulisan yang pelbagai diperluaskan. Untuk projek kali ini, pilihan tulisan daripada pihak Android, iaitu Roboto telah digunakan. Ianya merupakan tulisan alaf baru yang cantik dipaparkan dan mudah untuk dibaca.