Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Parasolx menggunakan Drupal

Spesifikasi: 

Sebagai entri yang pertama di bahagian laman Drupal, saya akan mulakan dengan blog peribadi ini. Blog ini pertama kali dibina dengan menggunakan enjin Drupal 6. Selepas sebulan keluaran Drupal 7, saya telah menaik taraf versi dan mengalami beberapa kesulitan. Ini mungkin disebabkan terdapat beberapa ralat yang masih belum dibaik pulih untuk proses naik taraf. Selepas melakukan beberapa pembetulan, akhirnya D7 berjaya dijalankan dengan sempurna.

Module:

Blog ini menggunakan Drupal 7 versi yang terkini. Tidak melakukan sebarang modifikasi dan dijalankan pada pelayan jenis perkongsian. Tiada sebarang pengubahsuaian pemecut dilakukan. Bilangan modul yang digunakan adalah sekitar 30+ sehingga ulasan ini dipaparkan. Bilangan modul sangat sedikit memandangkan hampir kebanyak fungsi yang digunakan semasa D6 telah dimuat masuk ke dalam sistem utama D7.

Antara modul yang digunakan pada modul blog ini adalah:

  • addthis.module untuk perkongsian entri dengan jaringan sosial
  • disqus.module untuk pengurusan komen menggantikan sistem komen Drupal
  • google_analytics.module untuk perekodan statistik laman pada Google Analytics
  • linkit.module untuk pengurusan pautan entri terdahulu
  • media.module untuk pengurusan media
  • patauto.module untuk pengurusan pautan entry secara automatis
  • search404.module untuk pengendalian halaman tidak ditemui
  • slidebox.module untuk makluman entry seterusnya
  • views.module untuk binaan kueri secara bebas
  • wysiwyg.module untuk teks editor
  • xmlsitemap.module untuk penghantaran sitemap kepada enjin carian

Templat:

Pada peringkat awal, blog ini menggunakan templat asal yang didatangkan dengan D7 iaitu Bartik. Selepas melalui beberapa perubahan, akhirnya saya mengeluarkan templat yang dibina dari awal.