Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Kementerian Kerja Raya (KKR) menggunakan Drupal

Spesifikasi: 

Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah memilih Drupal sebagai enjin untuk menggerakkan portal rasmi mereka semenjak tahun 2007 lagi dengan berasaskan kepada Drupal 5. Projek kali ini adalah menaik taraf portal rasmi sedia ada kepada Drupal 7. Proses naik taraf yang melibatkan penyimpanan data hampir 6 tahun merupakan satu tugasan yang agak mencabar. Tambahan proses ini memerlukan banyak modifikasi terhadap modul sedia ada sungguhpun migrasi data berjaya dilakukan.

Modul

Laman portal ini menyediakan dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan bantuan modul i18n.module dan i18nviews.module. Modul cck.module yang digunakan pada Drupal 5 serba sedikit mengalami masalah dari segi pengendalian fail-fail media yang dimuat naik. Bagi mengatasi masalah ini, modul media.module telah dipasang dan diintegrasi dengan modul filefield_sources.module yang membenarkan proses muat naik lampiran terus daripada lokasi pelayan secara "remote".

Pihak KKR memerlukan ruang galeri untuk foto, audio dan video dijalankan sepenuhnya daripada pelayan mereka tanpa menggunakan bantuan daripada perkhidmatan YouTube atau Facebook. Oleh itu bagi modul audiofield.module, video.module dan field_slideshow.module telah digunakan. Ruangan yang paling menarik adalah direktori. Disebabkan KKR merupakan satu organisasi yang sangat besar, penyusunan direktori perlu dibuat berdasarkan kepada hierarki bahagian dan unit. Untuk memudahkan proses kemas kini oleh pihak mereka, susunan ini telah dibuat menerusi taksonomi dengan bantuan modul lineage.module untuk tujuan penyusunan yang dipaparkan menerusi modul views.module.

Satu lagi konsep GUI yang diperkenalkan adalah "cropping". Proses muat naik gambar-gambar kadang kala dalam pelbagai bentuk dan saiz. Bagi memastikan satu standard persembahan yang dirangka pada theme, module manual-crop.module telah digunakan agar staf KKR dapat memotong gambar yang dimuat naik terus di perisian pelayar tanpa memerlukan bantuan perisian grafik.

Theme

Paparan atau theme portal KKR ini dibina secara khas dengan meletakkan saiz 1000px kelebaran sebagai asas. Dengan bantuan sistem Drupal, theme ini menyediakan empat variasi warna yang boleh dipilih pengguna iaitu warna lalai, merah, oren dan hijau yang diselaraskan melalui bantuan modul styleswitcher.module.

Pembinaan laman web jenis portal agak sukar untuk mengimplementasi konsep "responsive". Maka bagi membenarkan paparan pada mobil dilaksanakan dengan sempurna, modul themekey.module telah digunakan dengan konsep penukaran kepada theme mobil berdasarkan kepada jenis peranti yang digunakan oleh pengguna. Pengesanan jenis peranti dikendalikan oleh modul simple_mobile_redirect.module yang akan mengarahkan pengguna ke ruangan mobil secara terus.

Borang "select" juga dipertingkatkan bentuk persembahannya dengan bantuan modul hierarchical_select.module. Ini memudahkan pihak KKR memilih struktur organisasi mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

Isu dan Cabaran

Cabaran yang paling mencabar bagi projek ini adalah memastikan data yang dimigrasi daripada D5 kepada D7 adalah tidak hilang dan boleh digunakan kembali. Walau bagaimanapun proses ini gagal dilaksanakan sepenuhnya namun berjaya diselesaikan selepas "troubleshooting" dilakukan berkali-kali.

Selain itu, cabaran selanjutnya adalah memastikan paparan theme adalah stabil dan sama di semua perisian pelayar terutamanya Internet Explorer 7.