Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Bawal Galeri menggunakan Drupal

Spesifikasi: 

Bawal Galeri menyediakan perkhidmatan menjual tudung bawal esklusif dan berkualiti tinggi secara atas talian. Laman ini dibina dengan menyediakan semua fungsi asas laman web penjualan. Yang menarik mengenai Bawal Galeri adalah keupayaan untuk menyediakan dua bahasa untuk ke semua kandungan. Bawal Galeri dibina lebih kurang sebulan termasuk proses pembinaan tema dengan kod khas.

Setiap produk yang ditawarkan mempunyai fungsi perkongsian dengan laman sosial ternama seperti Facebook, Twitter dan Google Plus. Dengan teknologi OpenGraph, maklumat daripada kandungan Drupal dipindahkan ke dalam bentuk OG dengan spesifik, mudah dan tepat. Masalah yang sering berlaku adalah tetapan untuk lakaran kecil (thumbnail) produk di laman sosial.

Secara keseluruhan, Bawal Galeri tidak mempunyai fungsi-fungsi yang boleh dikatakan "mengagumkan" sebaliknya proses pembinaan dan pengalaman penggunaan dipermudahkan untuk fokus kepada pengguna-pengguna internet yang masih baru. Sekaligus meningkatkan tahap kebolehpercayaan terhadap perniagaan secara atas talian.

Modul

Bawal Galeri menggunakan modul ubercart.module yang dibina khas untuk laman jenis perniagaan. i18n.module digunakan untuk melakukan penterjemahan secara total termasuk paparan dan kandungan. views.module digunakan untuk menyusun bentuk dan susunan produk-produk di laman utama.

Themes

Templat ini dibina dari awal dan tidak melibatkan penggunaan templat sedia ada. Fokus utama rekaan adalah produk dan kebolehgunaan pengguna baru, pertama kali dan pengguna rutin. Templat dioptimumkan untuk paparan yang lebih mudah, "cross-browser" dengan kebanyakan pelayar internet yang popular dan sesuai digunakan pada peranti sesentuh seperti telefon pintar dan tablet.