Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Bahagian Perkhidmatan Farmasi menggunakan Drupal

Spesifikasi: 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) merupakan salah satu agensi kerajaan yang mengawal dan menyelia perihal berkaitan ubat-ubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada tahun 2012, pihak BPF telah didedahkan dengan keupayaan sistem Drupal dalam mengendalikan kandungan, maklumat dan data secara lebih spesifik, terbuka dan mengikut prosedur dan keperluan agensi tersebut. Melihat kepada kemampuan dan keyakinan terhadap Drupal, bahagian yang bertanggung jawab telah mencadangkan agar portal sedia ada dinaiktarafkan kepada Drupal 7.

Semua kerja-kerja dibangunkan secara in-house dengan bantuan daripada pihak kami. Ini membolehkan keperluan daripada agensi ini dapat dipenuhi serta-merta tanpa memerlukan tempoh masa yang panjang. Templat atau tema juga dibina khas dengan bantuan beberapa pegawai daripada agensi tersebut. Susun atur kandungan juga dibina semula dengan memindahkan data-data daripada portal yang lama (tidak menggunakan sistem pengurusan kandungan spesifik) ke dalam pangkalan data Drupal. Proses migrasi data mengambil masa lebih kurang 3 hari memandangkan terdapat data yang perlu ditulis semula.

Modul

Selain itu, target mereka juga adalah menyediakan laman secara dwi-bahasa. Dengan bantuan modul i18n.module, semua proses translasi dan terjemahan dilakukan dalam sekelip mata. Hampir keseluruhan frasa, baris dan perkataan telah berjaya diterjemah ke dalam dua bahasa. Proses yang masih tinggal hanyalah terjemahan untuk kandungan tertentu sahaja.

Di samping itu, melalui Drupal harapan mereka untuk menggunakan sistem alir kerja untuk penerbitan satu-satu kandungan telah tercapai berbanding secara tradisional yang dibuat melalui permohonan borang. Dengan bantuan daripada modul workflow.module, setiap kandungan yang disediakan oleh pihak penulis (content provider) akan disimpan tanpa diterbitkan sebelum dipantau dan disemak oleh pihak moderator. Setelah kandungan diluluskan, ianya akan dipaparkan kepada umum. Setiap kandungan akan melalui frasa penerbitan yang sangat kompleks. Tetapi dengan Drupal semua dokumentasi, perubahan dan log alir kerja disimpan dan direkod secara automatik.

Theme

Tiada keistimewaan yang ketara kepada tema yang digunakan cuma ianya dibangunkan secara khas untuk portal ini. Frasa seterusnya adalah untuk menambahbolehan templat ini supaya peka kepada paparan skrin mobil. Ini bagi membenarkan paparan pada skrin mobil dioptimumkan sepenuhnya melalui konsep "responsiveness". Sehingga kini, ianya masih kekal optimum kepada paparan desktop sahaja.