Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Kelas Drupal melalui Skype

Berita baik untuk peminat Drupal. Saya kini telah melancarkan kelas pembelajaran Drupal menerusi Skype! Satu perkhidmatan yang pertama dan satu-satunya di Malaysia. Proses pembelajaran kini lebih mudah. Fokus saya adalah kepada golongan pelajar, penuntut universiti mahupun golongan kerjaya yang terhad dari segi masa, kewangan dan perjalanan.

Jadual Pembelajaran

  • Pembelajaran akan dijalankan selama 2 HARI berjumlah 4 JAM
  • Kelas bermula pada jam 9 malam sehingga 11 malam SETIAP HARI
  • Modul pembelajaran merangkumi Drupal 6 dan Drupal 7.

Keperluan untuk Pembelajaran

  • Mempunyai sambungan internet yang sangat stabil (sekurang-kurangnya Streamyx 1MB)
  • Skype tersedia pasang dan mempunyai akaun Skype percuma (sekurang-kurangnya)
  • Komputer

Persediaan sebelum kelas

  • Pastikan anda telah menikmati makan malam sepenuhnya
  • Buku nota atau kertas serta pen (nota tidak disediakan)

Kaedah pembelajaran

  • Kelas akan bermula tepat pada jam 9.00 pm dan berakhir tepat 11.00 pm
  • Kelas dijalankan berterusan tanpa henti (melainkan diminta oleh peserta)
  • Hanya SATU PESERTA sahaja dijalankan untuk satu sesi
  • Kelas dijalankan berdasarkan pilihan MODUL PEMBELAJARAN oleh peserta
  • Kelas menggunakan perkhidmatan Skype sepenuhnya
  • Pembelajaran menggunakan VOICE CALL dan SCREEN SHARING menerusi aplikasi Skype

Saya berminat.. Bagaimana untuk sertai kelas ini?

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelas Drupal menerusi Skype anjuran Parasolx Studios, sila rujuk jadual pembelajaran (bagi mengetahui slot kosong) kemudian hantarkan borang permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diberikan.

Selepas itu, buat pembayaran penuh kepada akaun saya bagi mengesahkan kehadiran untuk slot tersebut. Selepas pembayaran diterima dan disahkan, permohonan anda akan diluluskan dan dipamerkan di bahagian Slot Kelas Drupal.

Tunggu pada tarikh dan masa yang ditentukan, dan saya akan mengubungi anda untuk kelas kita bermula. Mudah, senang dan fleksibel.

DAFTAR SEKARANG!

 

Penafian

  • Bayaran kelas yang dibuat tidak boleh dikembalikan. Penangguhan kelas boleh dilakukan tetapi perlu dimaklumkan 3 hari dari tarikh sebenar. Kegagalan berbuat demikian, saya beranggapan anda telah hadir ke kelas dan bayaran tidak dikembalikan.
  • Permohonan memasuki kelas hanya akan sah setelah pembayaran dibuat terlebih dahulu.
  • Penangguhan masa semasa kelas (atas sebab peribadi, keluarga) tidak boleh ditebus pada lain masa KECUALI atas sebab-sebab kecemasan sahaja.

Terma dan Syarat

  • Pihak Parasolx Studios berhak untuk menukar jadual kelas atau melewatkan/mempercepatkan masa bermula kelas atas sebab-sebab tertentu TETAPI dengan makluman dan persetujuan peserta terlebih dahulu
  • Kelas hanya dijalankan selepas bayaran diterima. Mana-mana kelas tidak akan dijalankan untuk pembayaran selepas kelas.