Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Drupal

Segalanya mengenai Drupal

Project browser bakal mengatasi keupayaan Wordpress

10 Jul 2011 - 11:37 am

Drupal 7 telah mempertingkatkan fungsi pengurusan modul-modul tanpa perlu melibatkan penggunaan perisian FTP ketiga. Dengan erti kata mudah, D7 menawarkan pemasangan modul terus daripada front-end. Namun, fungsi ini masih memerlukan pengguna melawat Drupal.org, mencari modul yang diingini menggunakan fungsi carian atau direktori modul, salin pautan muat turun dan seterusnya tampal di bahagian pemasangan D7 dan dipasang.

Project browser (https://www.drupal.org/project/project_browser) dibina untuk melengkapi kekurangan yang ada pada D7. Bermakna anda boleh mengakses ke ruangan direktori modul yang ada di Drupal.org terus dari laman anda. Segala fungsi carian dan pemasangan dilakukan secara terus daripada laman anda! Di samping itu, modul ini menyenaraikan ke semua versi-versi modul yang dibangunkan sebelum pemasangan dilakukan.

Walaupun modul ini masih ditahap pembinaan, cubaan pemasangan yang saya lakukan menunjukkan modul ini sudah hampir ke tahap yang paling stabil. Di samping melakukan sinkronasi antara modul-modul yang telah dipasang, proses kemas kini modul juga boleh dilakukan terus dengan modul ini. Sungguhpun begitu, modul ini hanya untuk versi D7 dan tidak akan dipindah versi ke D6.

Statistik dan kedudukan Drupal berdasarkan kepada domain

05 Jul 2011 - 02:24 pm

Hari ini saya tertarik untuk berkongsi stastistik yang saya temui pada satu laman web yang menjalankan kajian penggunaan sistem pengurusan kandungan iaitu W3 Technology Survey. Data yang pertama ingin saya kongsi adalah peratusan Drupal digunakan oleh laman web yang mendaftarkan domain .edu (laman web jenis pendidikan). Statistik ini menunjukkan 27.8% pembangun laman web menggunakan Drupal sebagai enjin utama.

Image iconall_statistic.png

Manakala statistik yang kedua menunjukkan kedudukan Drupal secara keseluruhan berdasarkan kepada 2 faktor utama iaitu jumlah bilangan laman yang menggunakannya dan bilangan trafik yang diterima.

Image iconposition.png

Data terakhir adalah peratusan bilangan laman Drupal yang dibangukan pada domain .com. Data ini saya tunjukkan kerana peratus keseluruhan, domain .com menduduki carta tertinggi sebagai sambungan pilihan utama.

Image icondot-com-statistic.png

Kitaran keluaran versi major Drupal

27 Jun 2011 - 11:13 pm

Dalam blog penghasil Drupal, Dries, beliau telah menulis satu artikel berkaitan dengan kitaran masa untuk keluaran versi major Drupal di bawah tajuk "How I think about Drupal release date planning".  Blog tersebut telah menarik minat saya untuk menyambung pendapat Dries berhubung dengan masa depan Drupal. Satu teori mengenai penghasilan dan kestabilan satu sistem itu dicapai diterjemahkan dalam bentuk graf menerusi Gartner hype cycle.

Pencipta Drupal mengatakan bahawa satu kitaran Drupal untuk dikeluarkan adalah selama 18 bulan atau (1 1/2 tahun). Tambah beliau lagi, titik permulaan untuk kitaran tersebut bermula adalah pada waktu versi Drupal sebelumnya mencapai tahap paling stabil. Dengan erti kata lain, tempoh untuk pengguna Drupal menaik taraf ke versi terbaru adalah lebih dari 1 1/2 tahun. Dalam tutorial Pengenalan dan asas pemahaman Drupal, D7 dikeluarkan secara rasminya selepas 3 tahun D6 dikeluarkan.

Isu ini boleh dikelaskan kepada dua pihak iaitu pengguna dan pembangun laman web dengan Drupal.

Pengguna

Sebagai pengguna, seharusnya kitaran ini dipendekkan kerana kita setiap orang mahukan fungsi dan kelebihan yang baru yang selalunya dimuatkan dalam versi-versi major. Penambahbaikkan dan pemulihan ralat dilakukan terhadap versi-versi minor. Dalam kes ini boleh dikatakan sebagai pengguna anda hanya akan dapat merasai kehebatan Drupal yang baru hanya selepas 3 tahun. Satu tempoh masa ynag begitu lama. Sebagai pengguna, saya juga tidak sanggup untuk mengambil risiko menunggu. Tambahan pula terdapat perisian aplikasi CMS yang sama-sama bertanding dengan Drupal di luar sana.

Tindakan untuk mengeluarkan Drupal dalam kitaran yang terlalu lama ini merisaukan pihak komuniti kerana walaupun terdapat modul-modul yang dapat memberikan fungsi yang lebih baik, namun mereka lebih berminat untuk menggunakan perisian Drupal itu sendiri berbanding perlu memasang modul-modul tambahan.

Pembangun

Kitaran masa selamasa 1 1/2 tahun adalah tepat. Saya sebagai pembangun laman web juga tidak sanggup untuk menaik taraf Drupal yang mungkin berjumlah ratusan di bawah seliaan. Dan percayalah, proses naik taraf bukan semula 1, 2, 3. Banyak perkara perlu dititikberatkan terutama keperluan pelayan, sistem, modul tambahan, kemas kini templat dan migrasi data tanpa sebarang masalah.

Menjadi masalah juga sekiranya kitaran Drupal terlalu singkat -- tiada masa untuk pihak komuniti mematangkan modul-modul di Drupal.org. Tidak semua pembangun modul ini bertugas sepenuhnya dalam bidang yang sama. Mereka mungkin mempunyai komitmen lain yang lebih penting. Jadi, saya sangat bersetuju dengan tempoh masa ini adalah sangat sesuai untuk semua modul dibangunkan dengan lebih matang.

Modul Filefield Sources memang mantap

24 Jun 2011 - 02:43 am

Hari ini saya berjaya mengeksplotasikan satu lagi modul yang disediakan oleh pihak komuniti Drupal.org iaitu Filefield Sources. Jika anda baca penerangan mengenai modul ini, hakikatnya ianya tidak menggambarkan kehebatannya sehinggalah saya mengimplimentasikan fungsinya.

Untuk memasang modul ini, saya perlu pastikan kewujudan modul terhebat terlebih dahulu iaitu Content Counstruction Kit dan sambungan tambahan kepada CCK iaitu modul Filefield. Setelah kedua-dua modul ini dipasang, barulah lengkap proses untuk Filefield Sources menjalankan fungsinya.

Filefield Sources akan menambah satu lagi fungsi kepada fungsi asal Filefield yang mana anda boleh melampirkan fail-fail yang sedia ada di dalam pelayan. Fail tersebut mungkin wujud menerusi proses muat naik FTP atau telah dimuat naik oleh medan muat naik yang naik. Kemudian modul ini akan menyenaraikan fail-fail tersebut dalam bentuk "dropdown list".

Dalam kes untuk klien saya, pengguna akan memuat naik fail-fail menerusi modul Content Profiles. Kemudian boleh akan melakukan proses pendaftaran yang memerlukan fail-fail yang dimuat naik tadi dilampirkan sahaja. Maknanya, pengguna hanya perlu memuat naik sekali sahaja dan setiap kali mereka melakukan transaksi di mana-mana komputer, fail tersebut sedia dipakai semula berulang-ulang kali tanpa perlu memuat naik semula.

Tutorial penggunaannya akan dimuatkan di Kripkorn Studios.

Bengkel pembangunan sistem dengan Drupal 6 di Bahagian Perkhidmatan Farmasi

08 Jun 2011 - 06:22 pm

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) telah menjemput saya untuk menjadi penceramah bagi pembangunan sistem menggunakan PHP dan MySQL. Bengkel ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan pengenalan kepada para peserta berkaitan dengan pembangunan sistem. Ini adalah salah satu inisiatif yang diambil boleh Bahagian untuk membolehkan pembangunan sistem dilakukan secara dalaman.

Bengkel ini dijalankan secara berperingkat memandangkan kebanyakan peserta yang mengikuti bengkel ini tidak mempunyai sebarang asas dalam pembangunan sistem (kerana asas mereka adalah dalam bidang Farmasi). Setakat ini, sebanyak 2 sesi telah dijalankan selama 5 hari keseluruhannya. Bengkel ini bermula pada 18 dan 19 Mei 2011.

Image icon2011-06-09 09.12.47.jpg

Pada sesi pertama, saya menerangkan secara asas mengenai PHP dan MySQL. Walaupun jika ikut kepada tatacara pembelajaran, adalah lebih baik memperkenalkan HTML dan CSS terlebih dahulu. Kemudian ikuti dengan konsep sistem bekerja dan berfungsi sebelum memasuki ruang pembangunan dengan kod PHP dan MySQL untuk binaan sistem berasaskan web. Sesi pertama ini akan sukar kerana mereka semua bukanlah dari bidang tersebut dan untuk memberi pemahaman yang mudah, saya terpaksa merendahkan peringkat pengajaran kepada satu tahap yang lebih rendah berbanding biasa yang dijalankan.

Image icon2011-06-09 09.12.36.jpg

Kemudian pada 7 dan 8 Ju 2011, sekali lagi bengkel ini disambung. Pada sesi kali ini saya memperkenalkan Drupal sebagai salah satu sistem pilihan untuk pembinaan sistem. Ternyata penggunaan Drupal memberikan satu pengalaman yang baru dan boleh diterima oleh para peserta. Selapas sehari memperkenalkan Drupal, pada hari kedua saya agak kagum dengan kebolehan peserta yang sudah mampu membina sistem sendiri. Bayangkan betapa mudahnya penggunaan Drupal. Pada hari terakhir, peserta hanya mengambil masa separuh hari (4 jam) sahaja. Sistem yang ringkas -- untuk pengumpulan data yang memerlukan "custom" medan input sebanyak 20 dilakukan sendiri.

Dalam sesi ini, saya hanya menunjukkan penggunaan 2 modul sahaja iaitu Content Construction Kit dan Views. Ternyata dua modul ini sahaja sudah cukup untuk membina "custom" sistem yang mengikut keperluan dan bentuk paparan data. Maklum balas yang peserta ternyata mereka begitu teruja dan kagum dengan kebolehan Drupal walaupun ianya dibina untuk tujuan pembangunan laman web, tapi kini saya manipulasikan Drupal untuk dijadikan sebagai pembangunan aplikasi sistem laman web.

Pages