Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Drupal

Segalanya mengenai Drupal

Drupal Gardens bakal memecah tradisi lama

21 Aug 2011 - 01:29 am

Saya selalu melihat pengguna-pengguna baru di internet mula menceburkan diri dengan membina laman web peribadi dengan melalui perkhidmatan percuma di Wordpress dan Blogspot. Mungkin kerana prosesnya yang mudah dan dibina untuk tujuan melakukan blog menjadikannya pilihan dan buah mulut orang ramai. Tapi bagaimana sekiranya saya mahu membina laman web portal secara percuma?

Kini, pihak komuniti Drupal dengan inisiatif yang dilakukan oleh satu syarikat di bawah seliaan pencipta Drupal iaitu Acquia telah membina satu laman web yang diberi nama sebagai Drupal Gardens. Memang betul, anda boleh membina laman web dengan menggunakan perisian pengurusan kandungan atau CMS Drupal ini secara percuma. Apa yang dimaksudkan dengan percuma?

Image icond1.png

Maksudnya anda tidak perlu untuk membayar bagi domain dan pengehosan web setiap tahun atau bulanan. Sebaliknya anda boleh memiliki satu laman web dengan dilancarkan pada pelantar Drupal 7, iaitu versi yang terkini sehingga saat ini. Apa yang diperlukan adalah pendaftaran satu akaun baru dan proses pembinaan, konfigurasi dan kemasukan kandungan ke laman web portal boleh dilakukan dalam tempoh 15 minit sahaja.

Drupal Gardens membenarkan anda membina laman web seolah-olah menggunakan Drupal yang telah dipasang secara manual. Walaupun kengkangan dari segi pemasanagn modul tambahan sendiri, namun senarai modul-modul yang dimuatkan dalam DG sudah melebihi daripada cukup. Anda saya pasti tidak semua pengguna akan memanfaatkan senarai modul-modul yang ada.

Proses pendaftaran, paparan dan pengurusan laman web sangat mudah dilakukan tanpa perlu melibatkan sebarang penggunaan atau penulisan kod. Apa yang diperlukan adalah pengalaman anda menggunakan tetikus. Semua konfigurasi dan tetapan dilakukan menggunakan alatan tetikus sahaja.

Untuk akses ke laman web ini, bagi pengalaman yang lebih sempurna diharapkan anda menggunakan talian internet tetap seperti Streamyx suapaya segala proses pembinaan laman web boleh dilakukan dengan lebih lancar.

Segalanya diprogramkan dalam Drupal

14 Aug 2011 - 01:51 am

Selain keupayaan Drupal menyediakan kerangka yang sangat fleksibel, satu lagi kehebatannya adalah ianya adalah satu sistem yang diprogramkan. Apa maksudnya? Bermakna Drupal menjalankan semua arahan yang diberikan oleh pentadbir secara automatik tanpa perlu memerlukan tindakan atau arahan yang selanjutnya. Pemasangan modul-modul tambahan membolehkan Drupal berfungsi tanpa memerlukan perhatian penuh daripada golongan pentadbir.

Ini merupakan faktor yang terpenting mengapa Drupal dipilih untuk membangunkan sistem-sistem yang sangat kompleks, berkapasiti besar dan mempunyai banyak peranan atau golongan pengguna. Hampir 70% sistem Drupal yang dikonfigurasi dengan modul-modul tertentu membolehkan ianya berfungsi mengikut piawai, arahan dan hasil yang ditentukan pada peringkat awal bagi memastikan keseragaman, keperincian dan kesahihan maklumat ke dalam pangkalan data.

Sebagai contohnya adalah modul Pathauto yang digabungkan bersama modul Path redirect dan Global redirect. Ketiga-tiga modul ini secara automatiknya menjaga, memastikan dan mengikut semua piawai penulisan URL untuk setiap kandungan bagi tujuan SEO. Ketiga-tiga modul ini berfungsi untuk mengelakkan berlakunya duplikasi kandungan berdasarkan kepada URL dengan mengarahkan pengguna daripada kandungan yang tidak wujud ke kandungan yang baru. Setiap kandungan baru yang dicipta oleh mana-mana ahli akan mengikut standard dan piawai paten URL yang kita tetapkan dalam sistem.

Image iconautomated.png
Setiap URL yang baru akan dihalakan secara automatik dengan modul Path redirect

Imagecache dan Imagecache action pula memastikan elemen-elemen media diterjemahkan, diterbitkan dan diproses kembali mengikut saiz, bentuk atau pemprosesan seperti mana yang diarahkan. Ianya bukan terhad kepada satu stail pemprosesan tetapi mampu untuk mengendalikan lebih daripada 1000 arahan dalam satu masa. Hasilnya kita dapat melihat walaupun pengguna menggunakan pelbagai saiz media (gambar), akhirnya akan dipaparkan dalam satu saiz yang standard.

Input format dalam Drupal memastikan kaedah, penterjemahan dan tapisan teks kandungan dijalankan secara terus semasa kandungan dicipta. Anda tidak perlu risau terdapat pengguna yang cuba memasukkan skrip atau kod aturcara PHP berbahaya sebaliknya biarkan Drupal membuang dan mengasingkan antara teks selamat dan berbahaya secara automatik.

Untuk membantu anda menghasilkan kandungan yang lebih menarik, modul WYSIWYG membenarkan pengguna menukarkan kotak tulisan kepada editor yang lebih mesra pengguna seperti CKEditor atau TinyMCE. Dan yang paling penting, Drupal mampu untuk menjalankan tapisan Input format bersama-sama dengan editor. Ditambah dengan modul Workflow, anda akan dapat menetapkan siri pergerakkan kandungan dari satu fasa ke satu fasa mengikut aturan dan laluan yang ditetapkan. Dari kandungan yang dicipta, melalui proses saringan, kemudian pembetulan dan akhirnya dipaparkan kepada umum; biarkan modul ini menjalankannya secara automatik.

Masih banyak lagi pembinaan sistem yang kompleks boleh dijalankan dengan Drupal. Fakta ini mungkin juga menyokong mengapa Drupal kurang digunakan pada laman web jenis blog dan laman peribadi memandangkan pembangun mahukan proses yang klik satu atau dua kali sudah memadai. Namun sekiranya anda mahu mencipta laman portal yang menyediakan pendaftaran pelajar diikuti dengan pemilihan kelas dan subjek matapelajaran, sebelum itu memerlukan pengesahan daripada pensyarah serta kuota bilangan dalam satu subjek, Drupal boleh lakukannya tanpa memerlukan anda menulis kod tambahan sendiri. Semuanya dilakukan secara automatik dengan bantuan modul.

Apakah jaminan menggunakan Drupal

11 Aug 2011 - 09:48 pm

Sememangnya Drupal menjanjikan kepuasan yang tiada berpenghujung kepada penggunanya. Drupal dahulunya dilihat hanya sesuai kepada pihak pembangunan laman web. Kemunculan Drupal 6 menampaknya perubahan fokus kepada pengguna biasa. Manakala Drupal 7 merealisasikan impian ramai pembangun laman web yang dilihat menampakkan keseimbangan antara pengguna dan pembangun.

Situasi yang berlaku dan fenomena Drupal ini menjanjikan sepenuhnya kepuasan kepada sesiapa yang menggunakannya. Komuniti Drupal memberikan jaminan bahawa keluaran versi terbaru tidak akan berlaku selagi versi sekarang masih belum mencapai tahap matang. Dalam erti kata lain, Drupal 8 akan dikeluarkan dalam tempoh 1 1/2 tahun lagi. Oleh itu, saya tidak merasa begitu risau atau ketinggalan seandainya menggunakan versi Drupal 6 pada waktu sekarang.

Drupal pada pandangan saya dilihat satu sistem pengurusan yang tiada batasan dan penghujung berbanding sistem-sistem yang lain. Walaupun Drupal menuntut sedikit tahap kekreatifan anda untuk menghasilkan satu-satu laman web, namun itulah yang dilihat menjadi nilai kepadanya. Membina satu laman web bukan sekadar klik dan klik, semuanya siap. Sebaliknya kita memeras, menerapkan dan mengimplemenkan idea kita bersamanya. Inilah tujuan, misi dan visi Drupal untuk terus maju.

Tiada perbandingan boleh ditunjukkan selagi anda tidak mencubanya. Ramai pengguna-pengguna yang mencuba Drupal sehingga ke satu tahap selesa didapati sangat seronok menggunakannya. Inilah jaminan yang diberikan. Komuniti Drupal adalah profesional yang mana memastikan penggunanya sentiasa mendapat apa yang mereka perlukan.

Sejauh mana keselamatan Drupal?

29 Jul 2011 - 05:03 pm

Sesiapa sahaja pasti pertama kali akan mengutarakan persoalan ini. Jika bukan menjadi isu yang pertama, akan ditanya pada pengakhirannya. Dan apabila isu ini diutarakan, terdapat banyak perspektif yang dan pandangan umum mengenainya. Secara umumnya, Drupal adalah aplikasi pengurusan kandungan yang selamat atau paling selamat dalam bentuknya tersendiri. Isu keselamatan ini terlalu besar dan bukan hanya tertumpu kepada aplikasi laman itu sendiri. Walaupun laman anda dibina dengan menggunakan HTML sekalipun, ianya masih terdedah kepada pelbagai jenis serangan.

Drupal merupakan aplikasi yang diproses secara dinamik, menerima input dan mengahsilkan output pada masa yang sama. Yang paling kerap adalah serangan dalam bentuk XSS atau "cross-site scripting". Tapi itu tidak bermakna Drupal terdedah kepada serangan-serangan seperti ini. Keselamatan bukanlah dinilai pada bilangan serangan yang telah dilakukan sebaliknya bagaimana satu sistem itu dipertingkatkan untuk mengelakkan serangan yang sama berulang.

Sesuatu aplikasi yang menggunakan konsep MVC (model-view-controller) seperti Drupal bukan sahaja menyediakan kelebihan dari segi fleksibel, sebaliknya berpotensi untuk membuka ruang untuk diceroboh terutamanya apabila dilengkapi dengan modul-modul tambahan. Sistem Drupal bersendirian sudah mencapai tahap yang matang, dikendalikan oleh beberapa puluh orang yang mahir dalam bidang keselamatan. Berbanding dengan modul tambahan yang jumlah pengendalinya lebih sedikit. Namun begitu, keselamatan Drupal adalah terletak pada tonggak APInya. Seandainya modul tersebut menggunakan API Drupal sepenuhnya, tahap keselamatan yang dicapai hampir sama dengan sistem asas itu sendiri.

Jadi tidak persoalan atau keraguan dalam menggunakan Drupal dan sebagai buktinya saya sendiri menggunakan Drupal pada blog ini. Setiap laman web sememangnya tidak boleh lari daripada ancaman ini. Jika berlaku juga walaupun sudah menggunakan sistem yang paling kukuh -- semak, buang dan kembalikan kepada yang asal.

Kepentingan melawat Drupal.org

13 Jul 2011 - 09:52 pm

Apabila anda sudah mula menggunakan Drupal dalam pembinaan laman web, sentiasa jadikan Drupal.org atau laman rasmi Drupal sebagai tempat rujukan selain Drupalnote Malaysia yang menyediakan tutorial dalam bahasa Malaysia. Hampir setiap masa, saya menghabiskan masa di Drupal.org dengan fungsi laman webnya yang telah dikemas kini dan paparan antara muka yang baru.

Tangkap layar di bawah adalah antara titik penting yang perlu anda gunakan sebagai pengguna Drupal.

  1. Get started: garis panduan untuk mengenali dan menggunakan Drupal dengan lebih berkesan
  2. Documentation: himpunan dokumentasi mengenai segalanya tentang Drupal, modul, tema dan beberapa cadangan/tips untuk membina laman yang lebih kompleks
  3. Download & Extend: ruangan yang menghimpunkan semua modul-modul untuk Drupal
  4. Search: fungsi carian untuk keseluruhan laman Drupal.org, gunakan fungsi ini setiap masa dalam mencari sebarang penyelesaian
  5. Dashboard: ruangan kawalan dan informasi berpusat untuk semua kandungan yang berkaitan dengan akaun anda
  6. API Docs: dokumentasi untuk API yang terkandung dalam sistem Drupal

Image iconfront-drupal-org.png

Ruangan utama Drupal.org sudah cukup untuk memandu kita membangunkan laman web dengan lebih besar di samping mendapat bantuan daripada komuniti. Drupal.org mempunyai komuniti yang sangat besar dan begitu bersemangat untuk membantu sesiapa sahaja.

Penggunaan modul tambahan bukan sahaja memberi fungsi yang baru dan mengembangkan fungsi Drupal sedia ada. Sebaliknya anda mampu melakukan satu laman web yang mempunyai fungsi dan ciri diluar jangkaan yang boleh dilakukan dengan sistem yang lain. Jadi anda juga perlu membiasakan diri dengan paparan halaman untuk modul. Di sini, semua maklumat dan fungsi yang penting diterapkan dengan sempurna.

Image iconproject.png

Setiap elemen yang dimuatkan pada halaman ini mempunyai maklumat dan informasi yang sangat berguna. Di samping menerangkan kegunaan modul/projek tersebut, ruangan ini menempatkan statistik, status binaan modul dan pautan untuk mengakses ke ruangan isu dan ralat yang dilaporkan oleh komuniti. Anda boleh menjadi sebahagian daripada komuniti dengan menyumbang isu atau ralat ketika menggunakan modul tersebut. Tidak semestinya anda perlu menyelesaikan masalah yang diutarakan, sebaliknya mencuba dan melaporkan maklum balas kepada pencipta modul adalah satu tugas yang amat diperlukan.

Pages