Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Drupal

Segalanya mengenai Drupal

Drupal 8, sudah nampak bayang-bayangnya

17 Feb 2012 - 05:35 pm

Boleh dikatakan kita masih belum lagi selesai menggeladah Drupal 7, kini dikejutkan lagi dengan berita kedatangan Drupal 8. Betul, sememangnya saya sendiri merasakan komuniti Drupal sekarang sudah bergerak dengan lebih pantas berbanding dahulu. Drupal 6 dikatakan sangat matang kerana telah digunakan selama 3 tahun sebelum kedatangan Drupal 7. Walau bagaimanapun, berita ini cukup menggembirakan bagi saya. Kini jelas komuniti Drupal sudah yakin bahawa Drupal 7 sudah masuk ke tahap "matang" tanpa sebarang ralat yang major.

Menurut ketua projek Drupal, Dries, Drupal 8 kini di dalam proses pembangunan penambahan fungsi, kod dan struktur API. Dries mengumumkan bahawa pada tarikh 01 Disember 2012 adalah titik terakhir untuk peringkat ini. Bermakna pada ketika ini, tiada lagi penambahan fungsi, kod dan struktur API boleh dilakukan. Drupal 8 akan memasuki frasa pembersihan untuk kod API dan paparan grafik penggunaan (GUI).

Pada 01 Februari 2013, Drupal 8 akan memasuki frasa penguncian kod. Ini bermakna tiada lagi perubahan kod boleh dilakukan sebaliknya ia akan fokus kepada penambahbaikkan, pemulihan dan pembaikan ralat-ralat major. Proses diteruskan sehingga semua ralat kritikal menjunam kepada sifar (0). Pada ketika ini Drupal 8 akan dilepaskan secara rasmi. Dan dalam perancangannya, bulan Ogos 2013 merupakan saat kita akan menggunakan Drupal 8 sepenuhnya.

Apabila keluarnya Drupal 8, tiada lagi sokongan dilakukan oleh pihak komuniti untuk Drupal 6. Bermakna, laman web komuniti Kripkorn Studios perlu bersedia untuk dimigrasi kepada Drupal 7 secara rasmi. Jadi, saya merancang untuk berpindah sepenuhnya kepada Drupal 7 pada bulan Julai 2013. Sehingga kini, blog ini telah dikuasakan dengan Drupal 7 dan rasanya tidak sabar untuk berpindah kepada Drupal 8 setelah ianya dilepaskan.

Jadi, kita masih mempunyai 18 bulan untuk bersedia menikmati saat-saat yang dinantikan. Diharapkan penerbitan buku Drupal 7: Permulaan akan dapat menemui semua peminat Drupal diluar sana pada bulan April nanti. Buku ini boleh digunakan sebagai rujukan selama tiga tahun sehinggalah Drupal 9 dilepaskan secara rasmi nanti.

Bengkel pembangunan sistem Drupal siri ke-2

28 Dec 2011 - 12:48 am

Mungkin sudah agak terlambat sedikit untuk entri ini dimuatkan dalam blog. Walau bagaimanapun acara ini perlu didokumenkan di blog saya. Seperti sedia maklum, ini adalah siri kedua untuk bengkel pembangunan sistem dengan Drupal diadakan. Dan ianya merupakan bengkel terakhir untuk tahun 2011. Telah diadakan pada 4 hingga 8 Disember 2011 di Hotel Impian Morib, bengkel ini adalah yang paling lama pernah saya hadiri dan menjadi peserta.

Bengkel yang dijalankan selama 5 hari ini menekankan kepada "finishing" terhadap projek yang dijalankan pada bengkel yang terdahulu. Ketika ini, para peserta sudah terbiasa dengan sistem Drupal. Peningkatan memang ketara dapat dilihat. Untuk kali ini pseserta sudah terbiasa dengan modul utama seperti Views dan CCK. Malahan mereka sudah mampu untuk mencipta dan memanggil data-data daripada sistem dengan kemahiran tersendiri.

Malahan ada antara peserta yang membantu peserta yang lain dalam Drupal dari segi teknikal dan pengajaran secara tutor ringkas. Pengisian bengkel ini bukan sekadar membina, saya memberikan dua tajuk ceramah kepada hadirin. Tajuk yang pertama adalah "Konsep dan asas pembangunan sistem". Ceramah ini menyentuh perkara-perkara asas yang perlu diketahui, sebab dan akibat dalam menggunakan Drupal untuk pembangunan sistem.

Ceramah yang kedua pula bertajuk "Pengenalan dan asas Drupal 6". Dalam ceramah ini saya menyentuh aspek dan perkara asas yang perlu dan masih belum diketahui secara mendalam oleh peserta dalam bengkel-bengkel sebelum ini. Memandangkan Drupal mempunyai banyak fungsi yang perlu diterokai, ceramah ini sepatutnya diadakan pada pertama kali Drupal diperkenalkan. Namun disebabkan beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan, saya terpaksa akur dengan program dan aturcara pihak urus setia.

Drupal 6 atau Drupal 7? Yang mana satu?

22 Nov 2011 - 12:29 am

Pernah ada yang terlintas dan terfikir apakah versi Drupal yang perlu digunakan sama ada D6 atau D7. Pemilihan versi Drupal tidak menjadi masalah sekiranya kita tahu dan tetapkan tujuan untuk digunakan dengan Drupal. Ini kerana kedua-dua versi mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak boleh dipertikaikan. Sama seperti D5, ramai yang ragu-ragu untuk beralih kepada D6. Dan apabila sudah berpindah kepada D6, mereka ragu-ragu untuk bertukar kepada D7. Apakah sebabnya? Kerana setiap versi Drupal jelas, konkrit dan mempunyai fokus serta kelebihan pada setiap satu versi ianya dikeluarkan.

Seperti D5, fokus utamanya adalah untuk menyediakan satu sistem CMS yang sangat stabil, laju, pantas dan mempunyai prestasi yang menakjubkan. Namun kekurangannya adalah dari segi tahap fleksibel dalam membina satu-satu laman web. Pengguna terpaksa menggunakan kod aturcara tambahan PHP menerusi modifikasi fail bagi menghasilkan satu tata kerja yang tersendiri.

Melihat kelemahan tersebut, pihak komuniti Drupal melepaskan D6 dengan keupayaan menyediakan satu mekanisma CMS yang lebih fleksibel berbanding D5 di samping masih mengekalkan keupayaan dan prestasi yang sama pada D5. Mereka begitu konsisten dan fokus kepada tujuan utama setiap versi major dilepaskan. Hakikatnya, dengan D6 ianya mempunyai struktur, kerangka dan pengurusan kod pengaturcaraan yang lebih mudah, senang dan stabil. Sungguhpun begitu, ianya memberi kekurangan kepada pengguna baru dalam menggunakan Drupal. Disebabkan keupayaan yang terlalu fleksibel menyebabkan D6 sukar untuk difahami dan digunakan sepenuhnya oleh pengguna baru.

Menyedari kekurangan itu, mereka sekali lagi mengambil langkah menyenaraikan ke semua masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna pada pelantar D6. Beberapa kajian, pungutan suara dan ujian dilakukan bagi meningkatkan tahap kemudahan untuk menggunakan Drupal bagi pengguna baru. Akhirnya, pada Januari 2011, Drupal 7 dilepaskan dengan peningkatan kepada tahap mesra pengguna dan masih mengekalkan tahap prestasi dan fleksibel yang ada pada D5 dan D6.

Pemilihan versi Drupal buat masa sekarang

Drupal 8 tidak akan dilepaskan dalam tempoh dua tahun lagi. Oleh itu, mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada untuk bermula dengan Drupal 6 atau 7.

Berbadasarkan kepada keupayaan dan kelebihan yang dipunyai oleh setiap versi, sekiranya anda ingin membina sebuah laman web/sistem yang memerlukan kerangka dan tata sistem kerja yang sangat-sangat kompleks, terus bermula dengan D6. Seandainya anda hanya fokus kepada laman web biasa seperti portal, blog atau forum terus menggunakan Drupal 7.

Selain itu, D7 juga sesuai untuk laman-laman web yang digunakan untuk tujuan perniagaan. Drupal 6 lebih ke arah penghasilan satu sistem yang mempunyai banyak cabang. Anda tidak perlu risau kerana pada masa D6 sudah tidak disokong, proses untuk naik taraf kepada D7 boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.

Ikon Drupal (Drupalicon) dengan CSS sahaja

28 Oct 2011 - 10:02 pm

Tertarik dengan satu kandungan yang dihantar oleh satu penulis blog. Dia telah mencipta Drupal ikon atau lebih mudah dikenali sebagai Drupalicon hanya dengan menggunakan CSS3 sahaja. Jadi jikalau sesiapa yang nampak logo atau ikon Drupal di bawah ni pelik, maknanya sila gunakan perisian pelayar yang menyokong CSS3 seperti Mozilla Firefox, Chrome atau Safari.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Drupal 8 completely diminish IE6 support

15 Sep 2011 - 03:26 pm

It's about one week ago, Dries, the Drupal creator officially announced that Drupal 8 will completely unsupport old browser version (Internet Explorer 6). This is great. Since D6 until new and refresh one, D7 still consider to support IE6. Internet Explorer totally is a crap since it's not follow new and modern CSS support which make ours as a designer really hard to express out talent in arts.

The term word used in a couple of years, "dIE6", bring down IE6 totally in whole world. But its to completely diminished IE6 is not just like we press delete keyboard, and its gone. Internet Explorer delivered as default web browser software in Windows 98 and Windows ME although comes with additional of service pack. Currently, old people that has slow performance computer unable to upgrade their OS to the latest version such as Windows XP.

Great news from Microsoft state that they already realized that IE6 was a very out-dated browser which they totally pull out support for IE6 in their site. They also recommended people to upgrade to latest browser, Internet Explorer 7 or 8. But currently, what I found that even IE9 also still does not fit with CSS3 support. Microsoft claimed that all modern script and engine only will available in IE10. Gosh, after 10 siries of development then Microsoft has to realize that they already miss out.

Hopefully, Microsoft, as the largest OS friendly user development can comes out with new auto installation for their browser application. It is not about free downloading Open Source for browser program out there, but it's about most people didn't know how to do that. Microsoft should learn from Google which they implement auto update for Chrome. People just know click-and-surf. They didn't about what version or it is the latest software they are used. They want it's all automatically done for them.

Pages