Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Diari

setiap orang mempunyai kisah hidupnya tersendiri, seperti saya juga yang akan mencoret setiap peristiwa yang menarik dalam hidup ini di sini.

Berapa kerap perlu kemas kini laman web?

13 Mar 2012 - 01:05 pm

Bergantung. Sesetengah pakar dan pendapat mengatakan sekerap mungkin. Namun tempoh masa yang dinyatakan tidak spesifik. Ramai yang mengetahui bahawa aktiviti kemas kini secara tidak langsung memberi kesan SEO laman sendiri.

Hakikatnya bergantung kepada jenis dan aktiviti yang dijalankan oleh pemilik laman web. Sekiranya jenis blog, lebih baik dikemas kini sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini bagi mengekalkan pengikut blog yang sedia ada tidak ternanti-nanti entri terbaru setiap hari.

Bagi laman jenis portal, disarankan dua kali seminggu. Kerana laman jenis ini memerlukan penulisan artikel yang lebih spesifik terhadap satu-satu bidang. Jadi kemungkinan fakta dan data yang perlu dipersembahkan lebih memerlukan masa berbanding penulisan bergaya bebas.

Laman jenis perniagaan pula bergantung kepada keadaan semasa. Jika ada produk baru ingin dipamerkan atau ingin dijual, maka aktiviti kemas kini boleh dilakukan.

Hasil kajian yang dapat saya huraikan, aktiviti kemas kini ini perlu dilakukan secara konsisten. Kerana pihak Google (terutamanya) mengesan dan mengambil kira aktiviti ini secara tidak langsung dalam PR. Tetapi kemas kini dengan kemasukan kandungan yang terlalu banyak dalam tempoh masa yang sanagt singkat tidak digalakkan. Kerana Google mengesan ianya bukan aktiviti normal (berbaur "SPAM", copy-and-paste daripada laman lain)

Microsoft Answer memang sempoi

09 Mar 2012 - 12:43 am

Bagi pengguna Windows, hari ini saya ingin berkongsi satu reka bentuk laman web yang sememangnya sempoi, ringkas tetapi sangat menarik dengan fungsi-fungsi yang sangat mesra pengguna.

Microsoft Windows adalah antara sistem operasi yang paling berjaya. Mengapa? Berbanding dengan sistem operasi lain yang boleh didapati secara percuma, peratusan pengguna yang sah membeli Windows boleh dikatakan tidak kurang daripada 50% daripada jumlah keseluruhan penggunanya.

Windows sememangnya terkenal dengan kebolehgunaannya yang begitu mesra pengguna. Mereka menjalankan begitu banyak kajian terhadap tahap penggunaan setiap produk yang dikeluarkan. Tidak hairan Microsoft Office sama juga mendapat tempias yang sama.

Bagaimana pula dengan laman web mereka? Hari ini saya menjelajah satu laman web milik Microsoft yang menyediakan kemudahan forum untuk membantu penggunanya mendapatkan jawapan kepada sebarang permasalahn yang berkaitan dengan produk-produk keluaran mereka.

Rekaan laman web Microsoft Answer ini begitu sempoi. Jika hendak dibandingkan dengan reka bentuk kebanyakan laman web yang menerapkan elemen CSS3 seperti box-shadow dan border-radius, Microsoft pula sebaliknya. Rekaan "flat design" dan "simplicity" menjadi pilihan mereka. Mungkin salah satu sebab untuk menyokong kesan "rendering" pada Internet Explorer. Tapi itu bukan isu utama.

Ruang utama, bentuk susunan dan maklumat yang dipaparkan sangat ringkas tetapi sangat mudah dan jelas setiap elemen yang diletakkan. Apa yang boleh saya katakan, bentuk rekaan laman jenis ini walaupun nampak bersih dan ringkas tetapi tidak menampakkan kekosongan yang nyata.

Di ruangan persoalan dan jawapan pula, semua fungsi ditampilkan dengan ikon-ikon yang boleh saya katakan, menambat mata untuk memandang. Dari segi gabungan warna, Microsoft masih mengekalkan identiti dengan mengambil warna-warna daripada logo mereka. Namun yang penting, setiap pautan dan fungsi yang disediakan digunakan sepenuhnya. Saya paling suka butang yang menunjukkan bilangan pengguna yang menghadapi masalah yang sama.

Walaupun ianya sebuah forum tetapi cara dan bentuk olahan konsep yang digunakan dalam laman ini jauh lebih baik daripada reka bentuknya yang sempoi.

Adab belajar di internet

28 Feb 2012 - 11:38 pm

Boleh dikatakan sekarang untuk belajar sesuatu yang baru adalah perkara yang bukanlah sukar. Dengan dunia tanpa sempadan, semua informasi hanya dihujung jari sahaja. Tulis alamat dan klik semua maklumat dipaparkan di skrin monitor.

Tetapi masih ada yang belum mengamalkan pendirian dan adab-adab yang sopan dalam menguasai sesuatu yang diharapkan. Dunia internet ini sama sahaja dengan dunia realiti. Setiap tata susila dan tatacara perlu dipatuhi agar dicemuh oleh pengguna lain.

1. Belajar mengenal laman komuniti

Dengan wujudnya banyak sistem pengurusan kandungan yang didaftarkan di bawah Sumber Terbuka, boleh dikatakan banyak laman-laman komuniti dibangunkan bagi membantu ramai pengguna. Tetapi sayang, ramai yang tidak menggunakan sepenuhnya laman ini.

Ramai yang beranggapan pentadbir laman merupakan pembantu peribadi mereka. Mengharapkan bantuan diberikan sepantas yang boleh dan seberapa segera. Kita perlu faham. Komuniti yang terlibat bukan sepenuhnya membuang masa mereka di laman tersebut. Mereka mempunyai komitmen lain seperti kerja sebenar, keluarga dan ruang masa peribadi. Jadilah pengguna yang pandai dan bijak serta penyabar.

2. Jangan membuang serangan peribadi

Bila soalan dituju masih belum dijawab, jangan sesekali membuat "serangan" peribadi kepada pentadbir atau mana-mana pengguna di laman komuniti. Kita perlu faham konsep komuniti dan kolaborasi. Segala maklumat dan pengetahuan dikongsi secara peribadi.

Jangan memaksa mana-mana pihak membantu kita secara peribadi. Tiada salah berkongsi masalah secara umum. Permasalahan kita mungkin juga dialami oleh pihak lain dan melalui cara ini bukan satu masalah sahaja diselesaikan.

Perlu diingatkan kita mendapat bantuan secara percuma. Ceritanya berlainan jika anda membayar atau terdapat pelaburan dalam komuniti tersebut.

3. Beradab dan jangan kurang ajar

Terapkan nilai murni dan tatasusila dalam berbicara. Jangan main hentam dengan ayat-ayat yang mengharapkan bantuan diberi dengan segera. Kita orang baru, buat cara seperti datang bertandang ke tempat baru. Tidak rugi bersifat sopan santun.

Dan yang pastinya kita yang kerugian sekiranya dihalau dari komuniti tertentu. Tanpa perlu menghina atau mencaci di ruang-ruang sosial kerana kehilangan seorang pengunjung bukan menyebabkan laman komuniti itu bankrap. Fikirkan kita yang kerugian jika bersikap demikian.

4. Tiada mesej peribadi

Mengapa laman komuniti dibina dan diwujudkan? Mudah sahaja. Kerana ingin menyediakan platform bagi semua ahli berkongsi dan berinteraksi. Sungguhpun wujud pautan seperti "Hubungi kami" atau "Mesej peribadi", kita perlu bijak untuk melihat alternatif lain terlebih dahulu.

Jelajah wujud atau tidak ruangan forum terlebih dahulu. Jika tiada, semak ruangan atau fungsi komen dibenarkan atau tidak. Jika tiada barulah hubungi pentadbir dengan borang yang disediakan. Mereka bukan ada masa untuk melayan kita secara peribadi.

5. Rajin bertanya dan sabar untuk belajar

Betul. Inilah cara yang terbaik. Pentadbir bukan pandai dalam sehari dua. Malah ada yang berpuluh tahun belajar secara persendirian dan berguru dengan mana-mana pihak. Jadi mengapa kita tidak boleh ikut jejak dan langkah yang sama diamalkan oleh mereka?

Bukan susah untuk belajar. Baca, faham, buat dan rajin bertanya. Jika diamalkan langkah-langkah ini, tiada yang mustahil untuk mencapai tahap selesa dalam bidang yang diingini.

Bengkel Pembangunan Sistem di JKWP

16 Feb 2012 - 01:46 am

Agak lama saya tidak mengemas kini blog ini dengan entri terbaru. Disebabkan kesibukan masa dengan beberapa projek yang telah selesai dan masih berjalan. Baru-baru ini, saya baru selesai mengadakan ceramah dan bengkel mengenai pembangunan sistem dan laman web dengan Drupal 6 di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan pada 13 dan 14 Februari 2012. Jumlah kehadiran peserta adalah seramai 30 orang pada sesi pertama (Pengenalan kepada Laman web) dan 20 orang bagi sesi pembangunan sistem.

Pada hari pertama dan sesi pertama, ceramah saya berkisar kepada asas dan pengenalan kepada laman web. Ini disebabkan kebanyakan peserta dalam bengkel tersebut boleh dikatakan belum mengenali dan mengetahui secara mendalam berkenaan laman web. Saya telah diberi tugasan untuk memandu peserta dalam membangunkan sistem secara in-house. Oleh itu, adalah baik sekiranya peserta dapat mengambil maklum terlebih dahulu al-kisah laman web itu sendiri. Dan boleh dikatakan sepanjang ceramah ini berlangsung, banyak soalan-soalan yang dianggap "basic" oleh sesetengah pengguna namun ianya menjadi kekeliruan bagi pihak yang lain.

Setelah selesai sesi pertama, peserta bergerak ke bilik yang lebih besar bagi memberi ruang yang lebih besar untuk peserta menggunakan komputer. Sesi berikutnya bermula dengan pengenalan kepada Drupal 6. Seperti mana-mana bengkel dan ceramah sebelum ini, saya lebih gemar menggunakan Drupal 6 berbanding Drupal 7 dengan mengambil kira aspek bilangan modul, kompleksiti pembangunan sistem dan kestabilan kod.

Ceramah dimulakan dengan sesi berkenalan dengan asas dan istilah yang digunakan dalam Drupal. Seterusnya peserta didedahkan dengan teknik dan tatacara untuk memasang pelayan di komputer masing-masing. Pada hari kedua, sesi awal diteruskan dengan pemasangan Drupal. Peserta mendapat pendedahan baru dalam pengurusan pangkalan data dan asas sesuatu sistem dijalankan dibelakang tabir. Aktiviti bermain-main dengan ruang pentadbiran Drupal mula menampakkan keseriusan peserta. Boleh dilihat kerutan wajah dan cuba-paksa memahami sistem yang disediakan oleh Drupal. Ya, mungkin disebabkan perbezaan jurang bidang yang terlalu besar, proses untuk mengadaptasi dan menyerap semua input-input dalam tempoh dua hari agak memenatkan mereka. Tetapi di akhir bengkel, saya berjaya memandu beberapa kumpulan untuk membangunkan satu sistem yang ringkas.

Antara sistem yang berjaya dibangunkan dalam tempoh kurang dari satu hari adalah Perpustakaan Sampel. Sistem ini digunakan untuk mendaftarkan setiap sampel yang diterima semasa proses kerja dilakukan. Ianya didaftarkan dan dijadikan sebagai rujukan untuk staf yang lain dalam mendapatkan maklumat setiap sampel yang digunakan. Buat masa kini, borang penilaian masih lagi dalam proses penganalisaan dan akan saya maklumkan setelah ia dikembalikan kepada saya. Akhir kata, bengkel kali ini agak memenatkan sedikit kerana terpaksa mengendali 30 orang peserta yang mempunyai zero knowledge dalam pembangunan sistem dan laman web.

The making of book to print out

02 Feb 2012 - 04:23 pm

This is my current new project. This project was planned to release in April special for Malaysian learn how to use Drupal 7 in Malay language. Actually I have post some teaser regarding this book that currently on phase of writing. But this entry is not to discussing about that book but I want to share regarding the requirement and process involved in releasing one book.

Writer software

Of course, everybody will think what the suitable text application to be used when we want to start writing. Most probably people outside will think I will use Microsoft Office Word, a product from Microsoft. Yes, at first you are correct. This popular text application widely used by most people either for simple text writing to heavy designing paper such as poster, broucher or project paper. After finished first chapter, I suddenly realize that Word is not perfect for me. Why? Because it's too advance for book writing. We must consider that when go into printing production, most of factory will used simple programe such as TextPro for mold preparing.

Besides the requirement of licensing, advanced programme sometimes could not produce high quality imaging when it goes to print. So after searching and Googling, I decide to use free software produce by Oracle community, OpenOffice. OO is really incredibles. At first you will see this software such like old Word, with toolbars, button everywhere and doesn't have fresh, modern UI design. But when you start using OO, you will realize that it comes with almost a thousand of functionality same like Office Word. And some element you couldn't find in Word but it is available in OO.

Fonts

Fonts could be the first thing we should consider when start writing a book or ebook. Because printing environment totally different compared designing a webpage. A font is rendering different on monitor screen and on a paper. On screen, font was rendered and display it's quality based on screen resolution. While on paper, font was print based on dot per inch which depends on printer spesification.

And the environment for human's eye also different towards the font size, font face and color. Human's eye are more attractive to common, san-serif and standard font used in most book. The best size of font differ between 12pt until 14pt for text body, increase by 150% for heading. To differentiate between one point to another usually people will use different font for heading. And keep in mind to use not more than three font type in whole book. Professional writter commonly used italic compare bold to emphasize certain phrase plus emphasizing words is the best compare one whole sentence.

Paper size

Most probably people will think A4 size is the best but when come to cost, it is not. I prefer to choose B5 size paper because it more sophisticated and easy to hold in hand (more lighter). It's size much more smaller compare to A4. A research done regarding human behaviour that shows people more prune to finish reading one page in short period compare staring and reading a bunch of information cramping in one page. Using A4 paper size most probably contain a lot of information, text or even a very big font size compare to B5.

When we look closely at the cost, producing a book in A4 size will definitely increase in cost for about 20 - 30% rather than B5. We can look at cost for one piece A4 is much more expensive compared to B5. When comes into production, this excessive cost actually can counter act in adding additional pages if used B5. As a trading for less space in one page, we can add another page within the same cost.

Pages