Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Diari

setiap orang mempunyai kisah hidupnya tersendiri, seperti saya juga yang akan mencoret setiap peristiwa yang menarik dalam hidup ini di sini.

Selesai 2012, bermulanya 2013

01 Jan 2013 - 01:04 am

Tahun 2012 sememangnya mempunyai begitu banyak kenangan, perkara dan pengalaman yang berlaku sama ada yang baik dan sebaliknya. Tetapi, lebih baik kita bercerita tentang perkara-perkara yang baik sahaja. Ini boleh jadikan semangat dan panduan untuk perjalanan ke hadapan yang lebih teguh. Coretan tahun baru ini adalah untuk mengimbas kembali beberapa kejayaan impian yang dibina dari awal tahun sehinggalah ianya berakhir pada detik ini.

# Kejayaan tahun 2012

  • Menerima anugerah dari Allah s.w.t walaupun seketika iaitu anak kedua, Aisy Dzakry
  • Menukarkan kereta Honda City 2008 kepada Peugeot 408 Turbo untuk keselesaan semasa perjalanan jauh balik ke Kelantan. Honda Civic Hybrid agak "tenat" sedikit jika membawa muatan yang lebih.
  • Melakukan ubah suai rumah secara total. Ini adalah satu pengalaman yang susah hendak digambarkan. Menghiasi rumah mengikut citarasa dan reka bentuk yang terkeluar dari kotak fikiran. Sememangnya sudah lama mengimpikan sebuah rumah mengikut citarasa diri sendiri. Tetapi disebabkan kengkangan terhadap masa, perkara dan status kewangan, akhirnya impian ini telah berjaya dipenuhi.

# Perkara yang tidak berjaya dilaksanakan

  • Menerbitkan, mengedar dan menjual buku panduan pembangunan laman web dengan Drupal 7. Boleh dikatakan tahun 2012 adalah yang teramat sibuk bagi diri saya, kerana terlalu banyak perkara yang lebih penting. Sungguhpun boleh dikatakan agak ramai yang bertanyakan mengenai status buku ini, namun masa tetap berjalan dengan pantas sehinggakan tidak disangka telah berakhir tahun 2012. Walau bagaimanapun, usaha ini akan diteruskan dan dijadualkan semula selesai pada bulan Mac 2013.
  • Menukarkan templat blog kepada tema yang baru. Rasanya tema yang sedia ada sekarang sudah cukup selesa untuk tatapan semua pembaca. Cadangan itu ada tetapi memandangkan tema ini masih baru, jadi saya membiarkan sahaja idea kreatif ini kekal.

# Jadual tambahan 2013

  • Membeli sebuah akuarium berasaskan lautan masin.
  • Memiliki sebuah set drum sendiri di bilik pejabat di rumah.
  • Berjalan-jalan di seluruh semenanjung Malaysia.

Song to my beloved wife

17 Dec 2012 - 08:36 pm

No body never knew what both of us facing in our life. A lot of things cames and went, but only both of us handle it. Not a small portion but it's totally you will never imagine how all those things happen in a short periods. So let the secret be a secret, for both of us. Love you!

The best thing 'bout tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before?
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core

But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start

Oh, but hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible

So breathe in so deep
Breathe me in, I'm yours to keep
And hold on to your words 'cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep

Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind 

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find 

Tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind 

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

Pemikiran kelas ketiga

01 Dec 2012 - 09:00 am

Kita sibuk menunding jari kepada kementerian itu, kementerian ini. Bayar tol mahal-mahal pun tetap jalan sesak. Sampai beratur-atur untuk membayar tol. Tetapi sebenarnya masyarakat kita yang masih berada di tahap pemikiran kelas ketiga! Tidak perlu untuk mencanang kepada orang lain apa yang perlu dibuat untuk keselesaan masyarakat jika rakyat pun masih begini. Lihatlah oh dunia!

Bukan susah untuk beratur. Jika kita merasakan sudah lambat, samalah dengan orang lain. Jika kita hendak cepat, sama sahaja dengan orang lain. Cara yang mudah sahaja. Jika lambat, beratur di belakang. Sebenarnya amalan sebegini bukan sahaja boleh mempercepatkan proses yang sememangnya dah lambat, tetapi pengalaman pemanduan lebih selesa dan tenang.

Dalam kes sebegini, jika ANDA tidak rela untuk beratur panjang, sila gunakan khidmat Smart tag. Lihat sahaja lorongnya begitu lengang tanpa barisan panjang.

Atau jika anda terlalu MISKIN untuk membeli peralatan Smart tag, silalah beratur dengan sempurna di lorong Touch n Go. Atau jika maha miskin untuk membeli TnG, gunakanlah lorong tunai.

Pengalaman baru: Windows 8

31 Oct 2012 - 04:47 pm

Lebih kurang seminggu yang lepas, syarikat perisian gergasi Microsoft telah melepaskan perisian operasinya yang terbaru iaitu Windows 8 secara rasmi. Satu pendekatan terbaru yang dibuat oleh pihak mereka yang mana proses menaik taraf kepada Windows 8 dipermudahkan hanya dengan memuat turun sahaja. Microsoft dalam perancangannya mahu sekali lagi mendominasi perisian operasi dengan menampilkan konsep terbaru; ringkas, bosan, mudah dan ringan -- Metro UI.

#1 Paparan Metro

Microsoft tampil pertama kalinya dengan rekaan Metro dalam Windows Phone 7. Memang pada awalnya mendapat kritikan daripada pengguna telefon pintar, tetapi secara seriusnya pandangan dan falsafah mereka boleh diterima. Windows 8 boleh saya katakan kurang berbanding Windows 7 dari segi paparan. Mana tidaknya. Tiada lagi kesan khas bayang, "gloss effects" dan semua rekaan adalah mendatar (flat).

Sungguhpun begitu, pertama kali menyentuh dan menggunakan Windows 8 selepas selesai proses muat turun dan pemasangan, ianya seronok digunakan. Selepas menjelajah beberapa ketika, boleh saya katakan ia adalah pengalaman yang baru. Microsoft mencipta paparan sebegitu rupa supaya kita tidak perlu membuang masa melihat kecantikan paparan tambahan sebaliknya fokus kepada kandungan atau carian utama.

Satu lagi pembaharuan yang dibuat iaitu "live tiles". Dalam Windows 8, butang "Start" pada papan kekunci sebelum ini diubah untuk mengaktifkan Start Home dan juga bertindak sebagai pengganti kepada Start Menu. Berbeza dengan Windows 7, butang Start Menu telah dimansuhkan dalam Windows 8. Semua aplikasi, dokumen, "shorcut" dan penanda tertentu dipindahkan ke Start Home. Ianya disusun dalam bentuk grid atau mozek (tiles). Dan setiap "tiles" berupaya mengemas kini maklumat dan data untuk dipaparkan kepada pengguna tanpa perlu mengaktifkan perisian tersebut. Boleh dikatakan, Windows 8 menerapkan fungsi "gadjet" pada Start Home.

#2 Carian dan Start Home

Seperti yang saya katakan sebelum ini, Start Menu dalam Windows 8 telah ditransformasikan kepada Start Home. Maka di sini terdapat sedikit konflik dalam pembelajaran perkara baru. Carian ke semua aplikasi, dokumen dan tetapan telah disatukan di bahagian fungsi Search. Dengan membawa penunjuk tetikus ke bahagian atas kanan skrin, satu menu bar akan muncul dengan ikon kanta pembesar. Atau dengan menggunakan pintasan Start + F, paparan carian dibuka terus kepada kita.

Semua aplikasi yang dipasang dikumpulkan dibahagian ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah menaip nama aplikasi dan carian akan dibuat secara automatik. Boleh juga menggunakan fungsi tetikus untuk skrol dan cari applikasi yang kita mahukan. Di sini bagi saya akan leceh dan sukar. Carian aplikasi dalam Start Menu sebelum ini kelihatan lebih mudah difahami dan segera berbanding sekarang. Saya terpaksa memikirkan nama aplikasi, menaip dan klik untuk membuka satu-satu perisian.

Walau bagaimanapun, ianya sangat hebat dari segi integrasi yang terbina dalam. Search Agent yang baru ini berupaya mencari semua informasi dan dikelaskan berdasarkan kepada jenis maklumat sama ada tetapan, aplikasi atau fail berdasarkan kepada kata kunci yang dibuat. Selain itu ianya terguna pakai kepada aplikasi yang dipasang secara percuma menerusi Microsoft Store.

#3 Windows Explorer

Windows 8 juga mula menerapkan konsep "Ribbon" yang menjadi kontroversi sewaktu diperkenalkan kali pertama dalam Office 2007. Legasi ini dicuri dan diguna pakai juga pada Windows 8. Jadi, senang saya katakan Microsoft mula menerapkan penggunaan ribbon ini secara menyeluruh pada semua produk keluaran Microsoft. Saya boleh dikatakan atas pagar terhadap revolusi ribbon berbanding toolbars sebelum ini.

Ribbon pada kajian Microsoft mendapati ianya memudahkan capaian dan melaksanakan satu tugasan dengan lebih berkesan berdasarkan kepada bentuk ikon yang besar dan pengelasan berdasarkan kepada tugas utama. Tetapi kebanyakan perisian pada hari ini masih lagi mempraktiskan penggunaan toolbars berbanding ribbon. Mungkin Microsoft mahu mendominasi sekali lagi atau kita lihat bagaimana penerimaan orang ramai terhadap ribbon yang boleh dilihat di mana-mana bahagian pada Windows 8.

Perlu atau tidak naik upaya kepada Windows 8?

Jika anda seorang yang tidak mahu ketinggalan, silalah berkunjung ke laman Microsoft dan muat turun perisian Windows 8. Jika anda tidak gemar dengan pembaharuan, "learning curve" yang baru lebih baik kekal pada Windows 7 sahaja.

Sehingga 31 Januari 2013, pihak Microsoft menawarkan harga serendah RM122 sahaja untuk Windows 8. Dan selepas tarikh tersebut harganya akan kembali kepada asal sekitar RM400-RM600. Jadi bagi saya, curi kesempatan ini untuk mendapatkan perisian yang sah daripada Microsoft walaupun anda tidak berminat!

Ulasan mengenai Samsung Galaxy S3

11 Oct 2012 - 02:12 pm

Hari ini boleh dikatakan hampir semua memiliki telefon pintar sebagai salah satu kelengkapan kepada keperluan hidup. Dalam artikel kali ini, saya ingin menyentuh Samsung Galaxy S3. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih Galaxy S3 berbanding telefon dan gajet yang seangkatan dengannya.

Skrin dan paparan gambar

Memang tidak dinafikan Super Amoled HD mampu untuk memaparkan gambar yang lebih baik dari segi tona warna dan ketelusan cahaya. Apa yang menarik, saya sangat sukakan bentuk dan rekaan cermin telefon tersebut. Bahagian bucu telefon dibentuk secara lengkung bagi memberi rasa genggaman yang lebih lembut. Skrinnya diperbuat daripada kaca yang tahan calar. Menariknya, tahap sensitif terhadap gerakan dan sentuhan jari telah dipertingkatkan.

Ditambah pula dengan rekaan dan ketelitian pada hujung cermin yang lembut sangat seronok untuk dipegang pada telapak tangan. Paparan gambar sangat cerah dan terang. Warna-warna yang dihasilkan jauh lebih jelas dan tepat terutamanya warna hitam dan putih. Grafik dan ikon ternyata lebih menonjol pada skrin S3.

Bentuk rekaan

S3 saya lihat tidak banyak berbeza dari S dan S2 dari segi reka bentuknya. Atau mungkin reka bentuk ini sudah menjadi sinonim dan mental model dalam ciptaan telefon pintar. Tetapi saiz skrinnya saya anggap cukup untuk saiz tapak tangan. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Penggunaan pada sebelah tangan sahaja masih lancar tanpa sebarang kengkangan memerlukan dua tangan.

Saiz yang cukup besar memberi pengalaman berbeza sewaktu melayari internet dan aplikasi selain seronokan ketika bermain permainan. Seperti yang dijangka, saiz skrin yang besar juga terpaksa mengorbankan kemampuan bateri untuk bertahan lebih lama. Tetapi terdapat beberapa aplikasi dan sistem Android sendiri untuk mengawal dan memanjangkan hayat penggunaan selepas setiap kali bateri dicas penuh. Antaranya adalah mengurangkan kelajuan cip pemprosesan ke tahap minimum. Selain itu, di Malaysia S3 didatangkan dengan pemprosesan Quad Core. Kawalan penggunaan tenaga juga dibuat terhadap penggunaan 4 atau 2 core sahaja bergantung kepada tetapan.

Bunyi

Saya seorang yang sangat menghargai dan suka kepada muzik. Jadi untuk bahagian ini kurang berpuas hati kerana S3 masih didatangkan dengan satu pembesar suara dan bukan dua. Mungkin ini adalah langkah untuk melakukan penjimatan penggunaan kuasa bateri. Namun penggunaan "ear phone" ternyata mampu menjana muzik yang cukup sempurna bunyinya.

Pages