Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Blog Saya

Google menggunakan konsep daripada Drupal

05 Aug 2011 - 07:36 am

Dengan tercetusnya Google+ ramai yang perasan Google sudah mula lari konsepnya yang ringkas, "blank space" dan "naked site". Kepada yang memiliki akaun Google, kita boleh saksikan Google mengimplemenkan konsep animasi pada bahagian Circle. Perubahan paparan carian dan Gmail semakin meriah dengan penggunaan warna-warna daripada 4 elemen utama. Faktor ini disebabkan kemasukkan seorang bekas pekerja daripada Apple ke dalam syarikat Google. Google pada hari ini jauh berbeza daripada Google yang kita lihat pada tahun 2010. Perubahan yang begitu drastik.

Bahagian Google Analytics dan Google Webmaster tools juga berbeza. Namun yang paling jelas adalah sewaktu Google pertama kali menggunakan konsep "Toolbars" yang terlebih dahulu digunakan pada modul Administration menu seterusnya digunakan sepenuhnya dalam Drupal 7. Di bawah ini beberapa tangkap layar yang menunjukkan persamaan antara Google dan Drupal.

Image icon toolbar01.png

Image icon toolbar02.png

Image icon toolbar03.png

Apa pendapat anda?

Klasifikasi perkhidmatan dalam sektor kerajaan

04 Aug 2011 - 09:01 am

Dalam kerajaan, pangkat dan tangga gaji dinilaikan berdasar kepada klasifikasi perkhidmatan seorang khidmat awam. Berikut adalah klasifikasi bersama kod yang terdapat dalam sektor awam iaitu:

  • Bakat dan Seni (B)
  • Bomba (KB)
  • Kejuruteraan (J)
  • Keselamatan dan pertahanan awam (K)
  • Kewangan (W)
  • Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R)
  • Maritim (X)
  • Pencegah Rasuah (KR)
  • Pendidikan Berijazah dan Bukan Berijazah (DG)
  • Pendidikan Peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti (DH)
  • Pendidikan (D)
  • Pengangkutan (A)
  • Pengurusan Tertinggi (V)
  • Penjara (KX)
  • Pensyarah Perubatan Universiti (DU)
  • Pensyarah UiTM (DM)
  • Pensyarah Universiti (DS)
  • Pentadbiran dan Sokongan (N)
  • Pentadbiran Keselamtan (KP)
  • Penyelidikan dan Pembangunan (Q)
  • Pertanian (G)
  • Perubatan dan Kesihatan (U)
  • Perubatan Klinikal/Pentadbiran (UD)
  • Perundangan (L)
  • Polis Tambahan (YT)
  • Polis (Y)
  • Sains (C)
  • Senoi Praak (YS)
  • Sistem Maklumat (F)
  • Sosial (S)
  • Tadbir dan Diplomatik (M)
  • Tentera (Z)

Jadi, sekiranya saya seorang pensyarah yang bekerja di Universiti Teknologi MARA, baru tahun pertama, maka pangkat saya adalah DM41 (pensyarah dikategorikan sebagai kumpulan pengurusan dan profesional, P&P)

Garis panduan JAKIM mengenai hal perubatan dan puasa

03 Aug 2011 - 11:13 am

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang TIDAK membatalkan puasa ialah:

  • Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
  • Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
  • Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;
  • Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah;
  • Pendermaan atau pemindahan darah;
  • Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
  • Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
  • Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
  • Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
  • Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;
  • Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal;
  • Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
  • Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
  • Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
  • Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

  • Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
  • Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pengawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;
  • Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
  • Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
  • Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
  • Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.

Sumber: Panduan Berpuasa bagi Pesakit, JAKIM (Cetakan tahun 2009)

Jangan keliru antara KripkornStudios.com.my dan Parasolx.net

31 Jul 2011 - 11:31 pm

Bagi yang mengikuti perkembangan Kripkorn Studios dan blog saya, diharapkan agar anda tidak keliru antara kedua-dua laman web ini berkenaan dengan tujuan dan misi utama setiap satu. Walaupun kedua-dua laman web ini dibangunkan sepenuhnya oleh pembangun yang sama namun masing-masing mempunyai tujuan dan arah yang berlainan.

Kripkorn Studios menyediakan tutorial, membantu dan membina komuniti untuk mempelajari membina laman web dalam bahasa Malaysia. Ianya merupakan saluran untuk peminat-peminat Drupal dan phpBB mendalami dan mempelajari mereka secara mendalam di samping tutorial lengkap untuk pengaturcaraan asas.

Manakala blog ini hanya sekadar blog peribadi pemilik KS. Kandungan dan entri yang dihantar hanya berkitar dengan perkara yang berkaitan dengan peribadi sahaja. Tidak langsung menyentuh tutorial yang berkaitan. Blog ini diwujudkan kerana kadang kala saya tersepit dengan pendapat peribadi yang ingin diutarakan namuan tiada ruangan khas di Kripkorn Studios. Sekiranya anda adalah pengunjung setia KS dari awal, saya pernah mewujudkan satu ruangan blog terdahulu. Namun, setelah misi dan visi KS dikemas kini, saya telah membuang dan memindahkan ke semua kandungan tersebut ke sini. Yang tinggal hanyalah tutorial dan artikel yang boleh dianggap sebagai artikel rasmi dan lebih profesional.

Sekiranya terdapat beberapa tutorial yang berkaitan dengan Drupal di blog saya, ianya lebih berkisar kepada hasil eksperimen dan bukan secara rasmi di sini. Blog ini kekal sebagai blog dan tidak akan dicampur aduk dengan perkara lain. Ini bagi memudahkan sesiapa sahaja faham tujuan kewujudan dua laman web oleh seorang pentadbir yang sama.

Paparan laman web untuk pengunjung bermasalah "buta warna"

30 Jul 2011 - 11:06 pm

Tidak dapat dinafikan pengunjung laman web saya mahupun anda terdiri daripada pelbagai manusia dan tidak ketinggalan mereka yang kurang upaya dari segi mengenal pasti dan menterjemahkan warna. Untuk kes pengunjung yang "buta warna", penggunaan warna adalah sangat penting. Kekurangan yang mereka alami menyebabkan sesetengah warna yang digunakan tidak dapat diterjemahkan. Mengakibatkan sesetengah paparan tidak kelihatan seperti normal.

Agak sukar untuk mencari seorang yang buta warna bagi membantu kita mengenal pasti bentuk paparan yang dilihat oleh golongan ini. Namun dengan bantuan daripada laman web http://colorfilter.wickline.org ini, saya dapat meminjam mata mereka untuk seketika.

Dalam kes buta warna, boleh dikelaskan kepada beberapa kategori. Namun yang paling utama adalah seperti berikut:

  • Deuteranope: kekurangan warna merah+hijau
  • Protranope: kekurangan yang lain untuk warna merah+hijau
  • Tritranope: kekurangan warna kuning+biru (sangat jarang)

Berikut adalah paparan-paparan yang dihasilkan oleh simulasi laman tersebut untuk paparan blog ini.

Image icon deutan.jpg
Deuteranope

Image icon protan.jpg
Protranope

Image icon tritan.jpg
Tritranope

Pages