Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Blog Saya

Disqus: Pro dan kontra

08 Nov 2011 - 04:40 pm

Boleh dikatakan ini adalah pertama kali saya mengambil langkah untuk menukarkan sistem komen yang daripada Drupal 7 kepada sistem pengurusan luaran iaitu Disqus. Sebenarnya memang tiada sebarang keperluan, tetapi saya merasakan saya ingin mencuba satu perkara baru. Oleh itu, dengan menggunakan modul Disqus, pendaftaran secara pertama di disqus.com sekaligus mengaktifkan sistem pihak ketiga ini pada blog saya.

Pro (kelebihan):

  • tidak membebankan pelayan dan pangkalan data laman blog kerana ke semua komen dan maklumat disimpan di disqus.com
  • dilengkapi dengan ke semua keperluan asas yang diperlukan iaitu "gateway login" -- Facebook, Twitter dan OpenID; Akismet sebagai penilai kandungan yang berbau spam serta kebolehan untuk menghantar notifikasi apabila mendapat balasan
  • boleh dikendalikan oleh 5 orang moderator untuk setiap laman
  • mempunyai aplikasi mobil (Android, iPhone) bagi tujuan melakukan pemantauan secara lebih ringkas -- tidak perlu membuka keseluruhan laman
  • disesuaikan untuk akses menerusi mobil
  • boleh diintegrasikan antara Drupal dengan mudah
  • diintegrasikan dengan modul-modul lain seperti Block dan Views

Kontra (kekurangan):

  • komen yang dilampirkan bukan sebahagian daripada laman -- tidak dapat dilihat oleh Google bot atau Yahoo! bot
  • fungsi yang terhad diberikan kepada penggunaan secara percuma
  • modifikasi dan susunan komen hanya wujud untuk pakej berbayar
  • capaian laman dan Disqus mungkin berbeza menyebabkan berlaku selang masa antara kandungan dan komen

Seperti biasa, setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Namun bagi saya, tujuan utama adalah untuk mengurangkan penggunaan modul dan juga meningkatkan tahap kelajuan laman blog ke satu tahap yang lebih optimum. Dengan menggunakan Disqus, saya telah berjaya membuang 4 modul tambahan yang memberikan fungsi yang sama dan satu tambahan fungsi yang terbaru hanya dengan satu fungsi sahaja.

Mungkin anda diluar sana yang mempunyai blog peribadi boleh mencuba menggunakan Disqus sebagai satu alternatif untuk menguruskan komen-komen di laman.

Apa yang kita boleh belajar daripada Google

06 Nov 2011 - 02:18 am

Banyak pekara yang boleh kita jadikan Google sebagai panduan dalam membina atau membangunkan satu-satu laman web. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa Google terlalu mendominasikan keadaan. Bermula sebagai agen carian dan pengindeksan, kini Google sudah berjaya menerbitkan perisian sistem operasinya sendiri iaitu ChromeOS. Memang tidak dapat dinafikan banyak perubahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini terutamanya bentuk paparan dan persembahan yang terbaru dilancarkan.

Google Mail atau lebih mudah dikenali sebagai Gmail turut sama mengalami perubahan terbaru. Konsep yang diketengahkan oleh Google sememangnya menepati dan selari dengan keperluan reka bentuk laman yang terkini. Dapat dilihat Google menggunakan konsep moden dan bersih. Seperti dalam blog saya sebelum ini ade menceritakan mengenai konsep "Simplicity", Google sememangnya dari awal sudah mempraktiskannya.

Tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan satu laman web yang berjaya perlu mempunyai elemen-elemen grafik yang menarik dan animasi yang memukau mata akan berjaya. Google sebaliknya mengetepikan tanggapan tersebut dengan menggunakan konsep ringkas. Ternyata pada pandangan awal kelihatan tidak banyak perubahan berbanding sebelum ini. Namun semakin lama anda menggunakannya, ianya semakin sebati dan mula mesra pengguna.

Inilah kekuatan yang ada pada Google. Syarikat ini bukan sekadar melakukan kajian terperinci dalam memperkenalkan perkara baru sebaliknya mereka telah melancarkan beberapa proses uji lari terhadap beberapa kelompok pengguna sebelum ianya dibangunkan sepenuhnya. Selain itu, mereka sangat dan menitikberatkan konsep dan elemen yang digunapakai kini.

Daripada kes ini, dapat saya simpulkan bahawa sekiranya anda ingin mengikuti konsep dan perkembangan terbaru, pandang sahaja kepada Google. Mereka bukan sahaja sebagai "trend center" malah menjadi pelopor kepada teknologi dan konsep laman web kini.

Perkara penting dalam pembinaan satu-satu sistem

01 Nov 2011 - 06:46 pm

Boleh dikatakan pada hari ini dunia teknologi begitu pesat berkembang. Lebih-lebih lagi kemajuan ICT yang boleh dilihat menjadi satu fenomena dan sinkronasi terbaru dalam hidup kita seharian. Tidak mengira anda bekerja dalam sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Ketaksuban terhadap teknologi maklumat kadang kala saya lihat memaksa golongan tertentu berharapan tinggi untuk menukarkan sistem tradisional kerja kepada sistem digital.

Walaupun hasrat ini bagus, mengimplementasikan teknologi yang ada dalam kerja seharian tetapi kita sebagai pembangun atau orang yang ditugaskan untuk memikul tanggungjawab tersebut perlu lebih prihatin terhadap perancangan yang ingin dilakukan. Ini termasuklah mengkaji sepenuhnya program dan hasrat yang ingin dilakukan. Kebiasaanya tugasan atau idea tersebut tercetus apabila timbula permasalahan dalam satu-satu kitaran pemprosesan kerja sekarang.

Mengimplemen sistem digital bagi menggantikan sistem tradisional sepatutnya dikaji secara mendalam. Adakah dengan menerapkan elemen digital dalam tatakerja sedia ada dapat membantu menyelesaikan masalah? Jika benar, sejauh mana sistem tersebut dapat membantu untuk mengatasi masalah tersebut. Memang betul, mungkin kajian ringkas perlu dijalankan. Tetapi dalam kes ini, pemikiran secara rasional mungkin cukup dan memadai.

Ramai saya lihat ingin menggunakan pelbagai sistem yang boleh dimanipulasikan contohnya menggunakan Drupal untuk pembinaan sistem iventori. Sejauh mana pembinaan sistem tersebut bersesuaian dan dapat menyelesaikan masalah kerja anda? Mungkin hanya dengan menggunakan Microsoft Excel sudah cukup jika melibatkan perekodan maklumat bagi kegunaan sendirian. Jadi cuba fikirkan alternatif lain yang boleh digunakan selain membangunkan satu sistem yang sanagt terhad penggunaannya.

Selain itu, cuba lihat dan kaji tatakerja yang sedia ada. Apakah impak dan kesannya nanti apabila sistem diterapkan? Banyak projek-projek yang saya lihat hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Tiada sebarang proses atau kajian yang menyeluruh dilakukan. Selalunya saya lihat banyak proses kerja terpaksa diubah secara keseluruhan apabila satu-satu sistem siap dibangunkan. Ini kerana sistem yang dibina tidak mengikut tatacara kerja yang sedia ada sebaliknya kita terpaksa membina satu aliran kerja baru bagi memuatkan dan membenarkan sistem tersebut digunapakai.

Kes ini selalu terjadi. Duit sudah dilaburkan. Sistem telah siap dibangunkan. Tetapi dapat dipakai kerana tidak menepati tatacara kerja sedia ada. Inilah kerugian dan kesesuaian yang perli dilihat sebelum sebarang sistem diimplemenkan. Yang penting, setiap sistem yang dibina adalah untuk menyelesaikan atau mengatasi "root of problem". Jangan jadikan satu budaya, orang lain pakai sistem, kita pun perlu guna sistem.

Internet perbankan: selamat atau tidak?

26 Oct 2011 - 04:57 pm

Artikel kali ini bukan merujuk atau mempersoalkan apa-apa jua isu yang berlaku tetapi mungkin boleh dijadikan sebagai perbincangan secara terbuka. Hari ini memang jelas kita lihat internet perbankan sudah begitu sinonim dalam hidup seharian. Dari pembayaran bil sehinggalah pelbagai proses yang lain kita boleh lakukan. Tetapi, selamatkah proses ini berbanding dengan sistem tradisional?

Dua internet perbankan gergasi yang selalu digunakan oleh rakyat Malaysia adalah Maybank2u dan CIMB Clicks. Pelbagai teknik dan kaedah yang sering digunakan oleh pengodam untuk menceroboh masuk ke dalam sistem perbankan. Dan yang paling popular adalah melalui teknik "site phishing". Teknik ini secara mudahnya adalah seperti memancing umpan. Satu pihak membuat salinan lengkap ruangan log masuk bank di atas tetapi mempunyai mekanisma di mana penghantaran nama pengguna dan kata laluan ke sistem pelayan yang lain. Seterusnya ianya direkod untuk digunakan sebagai teknik penyamaran sempurna.

Hari ini dapat kita lihat sistem perbankan ini telah banyak melalui proses penambahbaikan dari segi mekanisma log masuknya dan sistem dalaman. Sungguhpun begitu, hasil daripada pemantauan yang saya lakukan, sekuriti atau sistem keselamatan ini tidak terhad kepada ruang masuk sahaja. Masih terdapat satu lagi lapisan keselamatan yang diterapkan di dalam ruang pentadbiran akaun. Lebih kurang 5 hari saya memantau kedua-dua sistem bank ini dan saya dapati, memang bukan satu perkara mudah untuk "mencuri" wang daripada akaun tersebut sungguhpun pengodam berjaya masuk dengan ID pengguna yang sah.

Kerana setiap transaksi atau perkara yang ingin dilakukan melibatkan perpindahan wang memerlukan verifikasi daripada kod TAC. Kod TAC ini dihasilkan secara rawak dan bukan disimpan dalam pelayan sistem. Kod yang sah hanya dihantar ke telefon pengguna yang ditetapkan menerusi mesin ATM dengan menggunakan kad ATM yang sah. Dari sini, saya melihat agak sukar untuk proses perpindahan wang dilakukan.

Sekiranya ID saya dicuri secara tidak sedar, setiap transaksi yang ingin dilakukan akan dimaklumkan menerusi pesanan SMS ke telefon saya. Sebarang pindaan atau suntingan akaun juga memerlukan kod TAC dimasukkan. Andaikan telefon saya dicuri, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah membatalkan nombor tersebut dan membuat laporan ke syarikat Telco untuk tidak membenarkan nombor tersebut diklon semula. Atau saya juga boleh melakukan penukaran nombor telefon di mesin ATM dengan pendaftaran nombor yang baru.

Sekiranya kad ATM saya juga dicuri, perkara pertama yang saya akan lakukan adalah menelefon pihak bank supaya menggantung dan membatalkan sebarang urusan transaksi yang dilakukan pada hari tersebut. Sekiranya pencuri berjaya mendapatkan TAC kod yang sah (mungkin proses klon menerusi kad SIM saya), bank masih mempunyai jejak ke mana wang tersebut disalurkan. Setiap akaun yang didaftarkan memerlukan dokumen yang sah seperti kad pengenalan atau pengesahan syarikat secara bertulis daripada SSM. Walaupun kehilangan duit, tetapi pencuri dapat ditangkap dan insurans daripada bank akan memberi semula wang yang hilang.

Oleh itu, saya masih belum faham bagaimana kejadian seperti kehilangan wang daripada akaun akibat penggunaan sistem internet perbankan di pusat "cyber cafe" atau penggunaan WIFI internet ditempat terbuka. Atau mungkin sekiranya mangsa adalah antara komplot yang menjadikan kejadian tersebut berlaku. Saya tidak tahu.

Berkongsi menerusi rangkaian sosial sangat mudah dengan AddThis

10 Aug 2011 - 12:44 am

Boleh dikatakan hampir ke semua laman web, blog peribadi, laman perniagaan ataupun korporat semuanya mesti (bukan lagi harus) dilengkapi dengan butang untuk melakukan perkongsian antara laman-laman sosial pilihan. Antara yang paling popular adalah Twitter dan Facebook termasuklah yang terbaru Google Plus. Trend atau gaya perkhidmatan yang dimuatkan dalam laman masing-masing tidak lengkap walaupun belum tentu pembaca akan mengkliknya.

Saya hari ini menjejaki satu lagi perkhidmatan tambahan yang menyediakan multi platfrom secara silang antara ke semua laman-laman sosial, iaitu AddThis. Kepada pengguna yang mempunyai blog, teramat dicadangkan untuk memasukkan elemen ini. Dalam Drupal, terdapat modul khas yang dibina oleh pihak komuniti yang menyediakan konfigurasi yang lebih banyak dan mudah berbanding menggunakan kod aturcara secara terus menerusi templat.

Sungguhpun begitu, untuk Drupal 7 masih belum diaktifkan AddThis versi yang terbaru ini. Walaupun terasa teruja untuk memasukkan elemen ini pada blog saya, tapi terpaksa menggunakan modul secara berasingan sedangkan AddThis menawarkan satu modul untuk ke semua rangkaian sosial di dalamnya.

Pages