Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Blog Saya

Modul Drupal: Kebolehbacaan artikel di laman web

28 Feb 2012 - 12:41 am

Menulis di internet sama ada dalam bentuk blog ataupun artikel persendirian bukan sahaja menekankan kepada penstrukturan kandungan untuk mudah diindeks dan mendapat skor SEO yang tinggi. Tetapi perlu menitik berat kepada kebolehbacaan atau skor bacaan bagi setiap artikel.

Berdasarkan kepada keperluan ini, saya telah mengambil langkah untuk membina satu modul Drupal secara khas bagi menilai, mengira dan memberi skor kepada artikel yang ditulis. Pengiraan skor ini menggunakan lima formula kebolehbacaan iaitu:

  1. Flesch-Kincaid Grade Level
  2. Gunning-Fog Score
  3. Coleman-Liau Index
  4. SMOG Index
  5. Automated Readability Index

Kelima-lima formula ini dihitung secara aritmetik dan diberikan nilai purata untuk menilai kebolehbacaan setiap artikel yang ditulis. Kajian menunjukkan bahawa pemaparan skor pada setiap artikel meningkatkan peratus pembaca membaca keseluruhan artikel sebanyak 48% berbanding biasa.

Nilai skor yang lebih tinggi menunjukkan artikel mudah difahami dan boleh dibaca oleh semua golongan peringkat umur. Semakin rendah nilai skor, semakin lama masa yang diperuntukkan untuk membaca dan memahami keseluruhan artikel.

Menyelongkar kandungan baru secara berpusat

21 Feb 2012 - 07:21 pm

Ini sekadar perkongsian tips mudah sahaja. Tiada yang istimewa, tetapi mungkin sangat berguna kepada sesetengah pembaca. Boleh dikatakan kita mungkin mempunyai laman web tertentu yang dijadikan sebagai laman rasmi dan wajib dilawat setiap hari. Bilangannya mungkin satu atau dua, atau mungkin berpuluh-puluh banyaknya. Apatah lagi satu-satu laman web yang menantikan kedatangan entri terbaru untuk dibaca.

Terdapat beberapa laman web atau blog yang kita selalu baca. Tapi lebih mudah sekiranya semua laman web blog ini kita kumpulkan dalam satu tempat dan tidak perlu lagi melawat laman mereka setiap masa, menantikan entri terbaru dihantar.

Apa yang saya maksudkan adalah Google Reader. Tapi sebelum dapat menggunakan servis ini, sila pastikan kita mempunyai akaun Google terlebih dahulu. Pendaftaran percuma sahaja. Log masuk ke dalam akaun Google dan klik pada Reader.

Selepas itu, masukkan pautan RSS dengan klik pada butang Subscribe.

Salah satu cara untuk dapatkan pautan RSS dengan klik kanan pada ikon RSS pada satu-satu laman web.

Masukkan sebanyak mana senarai suapan ini dalam Google Reader. Setiap kali entri terbaru dihantar, ianya akan dikemas kini secara automatis. Jadi tidak perlu untuk kita memeriksa satu persatu laman web yang kita sukai. Selamat mencuba.

What the Playstation controller means?

15 Jan 2012 - 07:32 pm

I know some people out there already owned Playstation either PSP, PS1, PS2 or PS3 the latest console product from Sony. Teiyu Goto, a Sony engineer who had much freedom to design the original PlayStation as well as its controllers, actually explains that the PlayStation’s iconic button shapes weren’t just arbitrarily picked – they actually mean something.

Other game companies at the time assigned alphabet letters or colors to the buttons. We wanted something simple to remember, which is why we went with icons or symbols, and I came up with the triangle-circle-X-square combination immediately afterward. I gave each symbol a meaning and a color.

  1. The triangle refers to viewpoint; I had it represent one’s head or direction and made it green.
  2. Square refers to a piece of paper; I had it represent menus or documents and made it pink.
  3. The circle and cross represent ‘yes’ or ‘no’ decision-making and I made them red and blue respectively.

People thought those colors were mixed up, and I had to reinforce to management that that’s what I wanted.

Which one you are?

29 Nov 2011 - 08:32 pm

This is about Great People...

Konsep "touch screen" pada masa akan datang

20 Nov 2011 - 03:20 pm

Sekarang sudah banyak kita lihat teknologi "touch screen" dipersekitaran kita. Tengok sahaja kawan disebelah, sudah menggunakan smart phone (iPhone, Android). Tidak kurang juga yang menggunakan tablet. Dan dikatakan pada masa akan datang, teknologi tablet ini bakal menggantikan komputer bimbit (laptop) sepenuhnya. Sejauh mana kebenarannya masih belum dapat dipastikan.


Sekiranya hampir ke semua teknologi hari ini, daripada telefon hingga kepada tablet/laptop menggunakan "touch screen", apa yang akan terjadi kepada komputer desktop? Adakah ianya mustahil untuk dijadikan sebagai "touch screen" juga? Sejauh mana keberkesanan sekiranya sudah tiada lagi 'keyboard' dalam penghasilan produktiviti? Apa pula terjadi kepada "mouse"? Banyak persoalan yang diutarakan sehinggalah C.Miller tampil dengan konsep yang mungkin akan digunakan pada masa akan datang. Saksikan video di bawah ini. Anda akan melalui satu pengembaraan yang mungkin pasti akan dilaksanakan.



10/GUI from C. Miller on Vimeo.


Jika anda mengikuti perkembangan perisian Windows, Windows 8 yang bakal dilancarkan telah siap sedia untuk menerima konsep ini. Mungkin mempersoalkan kuasa dan manopoli yang ingin dilakukan oleh pihak Microsoft tetapi mereka sememangnya pandang ke hadapan dan berjaya mencipta satu "trend" baru yang boleh diterima pakai dan digunakan oleh semua golongan atau peringkat usia. Antara sebab saya masih gemar dan berpegang kepada Microsoft. Sukar untuk mengatasi dan mengasingkan mereka dalam hidup seharian sekarang.

Pages