Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Tutorial mengoptimumkan SEO dalam Drupal mula ditulis

01 Aug 2011 - 11:44 pm

Memang tidak dapat dinafikan, antara sebab mengapa ramai yang bertukar dan memilih Drupal sebagai platform untuk laman web mereka disebabkan perkara ini. Drupal begitu mantap dan matang dalam menyediakan laman web mesra kepada pengguna dan agen carian. Modul-modul tambahan yang wujud dalam direktori projek Drupal menyediakan fungsi tambahan yang menukarkan Drupal kepada satu laman web yang begitu sistematik untuk diindeks oleh agen-agen carian.

Sistem pengurusan kandungan yang lain tidak ketinggalan dalam menerapkan elemen ini seperti Wordpress tetapi Drupal adalah pencetusnya. Pemasangan Drupal sendirian sudah cukup namun dengan adanya bantuan daripada modul tambahan menjadikan Drupal mencapai tahap optimum kepada SEO melebihi mana-mana sistem yang sedia ada. Tidak hairan mengapa syarikat penjualan produk, syarikat-syarikat gergasi, laman-laman web gergasi dan artis-artis terkenal memilih Drupal.

Setelah selesai melakukan modifikasi ini, semuanya diuruskan secara automatik oleh sistem. Apa yang perlu anda lakukan dengan Drupal adalah memasukkan kandungan, mengemas kini dengan lebih kerap dan pastikan kandungan adalah yang terbaik pernah anda tulis. Ikuti perkembangan dan tutorial lengkap untuk menjadikan Drupal sebagai raja SEO di Drupal Note di bawah tajuk SEO Drupal.

Kategori: 
Tags: 
seo drupal