Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Sistem dan mekanisma enjin Toyata Prius

05 Mar 2011 - 06:28 pm

Image iconprius1.jpg

Entri kali ini saya ingin bercerita pula satu lagi gergasi kereta hybrid daripada syarikat pesaing terdekat Honda iaitu Toyota. Dari segi reka bentuk, Prius tidak menggunakan konsep kereta Sedan sebaliknya kereta dengan 5 pintu (ala-ala MPV). Reka bentuk aerodinamik yang diterapkan menjadikan Prius lebih menyerlah sebagai kereta jenis hybrid berbanding Honda Civic Hybrid yang menggunakan reka bentuk sama dalam keluarga Civic. Tapi ini bukan cerita yang ingin saya huraikan sebaliknya adalah mekanisma engin yang berbeza dengan sistem Honda yang menggunakan Integrated Motor Assist (IMA).

Untuk lebih memudahkan pemahaman dan konsep serta fungsi yang ada pada engine sebuah Prius, perhatikan pada dua gambar rajah di bahagian bawah ini.

Image iconprius.JPG

Image iconprius01.JPG

Dalam Prius, sistem enjin yang digunakan adalah Atkinson cycle yang sambungkan kepada motor yang menggunakan kuasa elektrik sebagai penjana sumber kedua. Bahagian enjin menggunakan 4 silinder disusun selari berkeupayaan 1799 cc dengan 16 injap kemasukan dan keluar. Enjin ini berupaya menghasilkan 96.66 HP pada RPM 5.2. Tapi dalam penulisan kali ini, bukan bahagian enjin yang ingin dibicarakan tetapi bahagian eletrik motor.

Prius menggunakan dua motor elektrik yang dinamakan sebagai "Generator" dan "Motor". Generator terletak antara enjin dan motor manakala motor terletak pada bahagian paling luar. Antara generator dan motor terbina satu teknologi yang dipanggil "Power split device". Ketiga-tiga elemen ini iaitu motor, generator dan PSD disambungkan terus kepada CVT untuk mengawal posisi gear.

Apabila Prius dihidupkan, tenaga elektrik dari sumber bateri menggerakkan Generator sahaja tanpa menyebabkan sebarang pembakaran dilakukan pada bahagian enjin. Satu pam elektrik akan mengepam air panas untuk disalurkan keseluruhan engin agar proses pemanasan dilakukan dengan lebih cepat. Apabila pedal mintak ditekan secara lembut, tenaga kinetik yang dihasilkan oleh generator akan membantu untuk menggerakkan motor pada peringkat pertama. Apabila motor berpusing pada satu kadar yang sesuai, elektrik mula disalurkan sepenuhnya kepada motor. Dengan kuasa 60 HP berupaya untuk menggerakkan Prius dengan tenaga elektrik sahaja.

Pada waktu Prius mencapai satu tahap lanjakan yang ditentukan, Power Split Device akan diaktifkan di mana tenaga kinetik putaran motor akan dibahagikan antara gandar tayar dan juga menggerakkan Generator. Pada saat ini, Generator diberhentikan sumber tenaga elektriknya dan ianya menukar mod daripada bertugas sebagai "motor" kepada dinamo. Pada saat ini, Prius berupaya untuk menjana tenaga bergerak ke hadapan sambil mengecas semula sumber bateri untuk simpanan elektrik.

Enjin hanya akan melakukan pembakarannya apabila tenaga simpanan dalam bateri habis digunakan ATAU kuasa tambahan diperlukan untuk memecutkan Prius pada tahap satu par dengan 2400 cc untuk kenderaan yang lain. Apabila Prius berhenti daripada memecut, motor dan generator kedua-dua akan menukarkan mod kepada penyerapan dan penukaran tenaga kinetik kepada elektrik sepenuhnya. Agar tempoh pengecasan bateri dapat dilakukan dengan lebih cepat.

Apabila Prius berhenti, semua sistem berfungsi akan berhenti daripada berfungsi dan hanya bahagian generator sahaja berpusing untuk seketika sehinggalah Prius betul-betul berhenti.

Kategori: 
Tags: 
prius
mekanisma enjin