Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

"Simplicity" bukan satu perkara mudah

16 Oct 2011 - 10:34 pm

Semenjak konsep Web 2.0 diperkenalkan beberapa tahun yang lepas, boleh dikatakan ramai pembangun laman web terutama pereka laman hadir dengan pelbagai konsep tersendiri. Senang cerita, banyak laman-laman web hari ini lebih menekankan kepada rekaan dengan penggunaan grafik yang hebat untuk menyerlahkan kehebatan laman web itu sendiri.

Walaupun konsep asal Web 2.0 bukan hanya fokus kepada rekaan, tetapi mata dan minat pengguna memandang ia adalah perkara dan isu pertama yang perlu dititikberatkan. Jadi tiadakah ruang untuk perkara lain? Ada. "Simplicity" atau mudah, ringkas dan 'kosong' masih mendapat tempat di hati pengguna. Lihat sahaja Google. Dahulu dan kini selepas penambahbaikkan sekalipun masih menggunakan konsep yang sama. Dan pengguna tetap menggunakannya.

Walaupun "first impression" itu penting, tapi penekanan kepada kandungan laman masih adalah perkara utama. Dan tahap kesedaran pengguna mengenai isi kandungan telah meningkat. "Simplicity" bukan sahaja perkara baru buat masa sekarang, tetapi menjadi 'pembunuh' utama kepada pereka laman web. Konsep terbaru yang sedang diketengahkan adalah Typografi.

Ini antara contoh laman yang menjadi pujaan saya pada masa hadapan.

simplicity01.jpg

simplicity02.jpg

simplicity03.jpg

Kategori: 
Tags: 
simplicity