Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Selamat datang ke Pulau Langkawi

02 Feb 2013 - 01:02 am

Musim cuti sekolah baru sahaja berakhir, maka ini adalah masa yang paling sesuai untuk melancong. Secara seriusnya saya memang tidak gemar untuk melancong sewaktu cuti sekolah sedang berlangsung. Mungkin anak masih belum bersekolah jadi perlu gunakan kesempatan yang ada ini untuk ke Pulau Langkawi. Percutian selama tiga hari di sana agak kusam sedikit memandangkan kesihatan saya yang kurang sempurna tetapi memikirkan segala telah dirancang dan semangat membawa keluarga berjalan-jalan, digagahi juga sehingga selamat kembali semula.

Percutian ke Langkawi bermula dengan memandu menuju ke jeti Kuala Kedah. Perjalanan sejauh 500km boleh dikatakan agak lancar yang mengambil masa selama 3 jam. Harap-harap tiada surat saman sampai ke rumah nanti. Kemudian kami menaiki feri menuju ke pulau. Boleh dikatakan seronok tetapi tidak terlalu gembira kerana perjalanan feri yang selama 2 jam itu agak membosankan. Keindahan laut itu sangat cantik tetapi sayang tidak dapat bangun atau keluar untuk melihat dengan lebih dekat atas dasar keselamatan.

Di Langkawi, kami menyewa hotel Bayview yang berada di Pekan Kuah. Sengaja pilih hotel ini memandangkan ianya berada di tengah-tengah bandar, senang untuk membeli belah dengan berjalan kaki sahaja. Pada hari kedua, saya meronda keseluruhan pulau dengan menyewa sebuah kereta. Ini mesti dibuat sekiranya ingin melancong ke Langkawi. Ianya pulau yang kecil, satu hari sudah cukup untuk pusing-pusing ke semua tempat. Trip kali ini tidak melibatkan kunjungan ke tiga gugusan pulau berhampiran kerana sekadar ingin mengambil angin dan menenangkan fikiran sahaja.

Secara keseluruhan, Langkawi adalah antara pulau yang seronok dikunjungi memandangkan ianya adalah pulau bebas cukai. Namun tidak semua barang-barang yang dijual adalah murah, kita masih boleh mendapatkan barang yang sama di Kuala Lumpur dengan harga yang jauh lebih murah. Tambahan lokasi pulau yang dikelilingi oleh laut jauh lebih panas. Minum air mineral yang banyak untuk mengelakkan hidrasi. Bagi saya, Langkawi untuk dikunjungi selama 5 - 7 hari sudah cukup. Tetapi untuk tinggal dan kerja bagi saya, tiada kelebihan dan keseronokan selain harga kereta yang sangat murah (satu faktor yang boleh dijadikan alasan untuk kerja di sana).

Adam sedang sabar menanti feri di jeti

Bersiap sedia untuk keluar setelah berehat di hotel sekejap

Buah tangan untuk Adam dari Langkawi

Hotel Bayview King Suite

Jeti ke gugusan tiga pulau

Dah bersedia nak keluar ke

Kategori: 
Tags: 
pulau langkawi
cuti-cuti malaysia