Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Paparan terbaru blog

27 Mar 2011 - 11:56 pm

Buat masa sekarang, blog ini dilengkapi dan dipasang dengan templat yang telah disunting daripada templat asal iaitu Bartik. Namun hasil daripada pemerhatian, nampaknya penggunaan templat ini terlalu banyak "regions" yang menyebabkan ianya sedikit padat berbanding sebelum ini.

Oleh itu, saya telah merancang untuk membina satu templat khas bermula daripada sifar untuk Drupal 7. Setelah datang dengan idea terkini, saya akan mengekalkan corak bentuk pembinaan templat dalam Drupal 6 sebelum ini. Pada awalnya proses naik taraf ingin dilakukan terhadap template tersebut. Tetapi malangnya ciri-ciri yang dilengkapi dalam D7 ini sedikit berbeza dengan D6. Ia menggunakan lebih banyak "variables" dan beberapa ciri "overriding template" juga telah dipertingkatkan.

Cubaan untuk menaik taraf dari templat yang lama sedikit sukar memandangkan saya hampir perlu mengubahnya secara keseluruhan. Oleh itu satu pendekatan dan reka bentuk yang terbaru diperkenalkan. Dengan ciri-ciri yang lebih ringkas, saya mengharapkan prestasi blog kali ini lebih pantas berbanding yang digunakan sekarang. Buat masa sekarang, proses tersebut masih lagi dalam pembinaan. Saya terpaksa untuk fokus masa yang ada sekarang untuk menyiapkan projek klien dan memuatkan tutorial yang terbaru di Kripkorn Studios.

Kategori: 
Tags: 
paparan terbaru