Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Melawat ke Zoo Negara

14 Feb 2011 - 12:58 am

Hari minggu datang lagi dan aktiviti perlu diisi. Walaupun begitu banyak kerja yang perlu disiapkan kerana pelanggan dah kejar-kejar saya, namun ruang kepada keluarga perlu dititikberatkan. Sekadar untuk membawa anak berjalan-jalan, kahirnya keputusan dibuat untuk melawat ke Zoo Negara. Pada asalnya saya bercadang untuk berjalan ke Sepang Goldcost. Tapi disebabkan jarak yang agak jauh, dah sampai ke Bagan Lalang dah, jadi terpaksa batalkan perancangan ini dahulu. Mungkin ditangguhkan ke satu masa yang lain.

Jam 11.30 pagi, bertolak ke Zoo Negara. Dengan melalui Faderal highway, terus potong ke Cheras dan masuk ke MRR2, perjalanan yang selama 1 jam akhirnya sampailah di Zoo Negara. Kalu terakhir saya melawat tempat ini adalah 10 tahun yang lalu. Itupun bersama lawatan sambil belajar waktu belajar di sekolah menengah. Sampai sahaja di pintu hadapan Zoo Negara, tempat letak kereta sudah penuh. Jadi terpaksa la saya cari tempat letak kereta berbayar. Bayaran yang dikenakan adalah Rm4.25. Agak kelakar apabila melihat bayaran tersebut, tapi dah sampai dah bayar sahaja. Rupanya sebab cukai kerajaan sudah dinaikkan kepada 6%. Penggenapan menjadikan RM4.25.

Setelah sampai, terus tak sabar-sabar berjalan ke kaunter untuk membeli tiket. Rupanya harga tiket pun sudah naik. Jika dahulu saya masih ingin, bayaran tiket adalah RM14 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanank. Sekarang sudah meningkat kepada RM20 untuk dewasa. Tapi tak kisah la sebab dah lama tak tengok binatang-binatang nih. Perjalan dimulakan.

Kunjungan pertama adalah akuarium. Walaupun akuarium yang disediakan tidak secantik Aqua, tapi boleh tahan juga. Banyak ikan-ikan. Setelah puas bermain-main dengan ikan dibalik cermin, perjalanan diteruskan. Berpusing-pusing ke kandang mawas, kemudian monyet. Mulanya nak masuk taman rama-rama, tapi tutup pula hari minggu. Kemudian berjalan-jalan lagi. Saya tak sabar nak tengok harimau dengan singa sebenarnya.

Berjalan-jalan nak cari harimau, ternampak kandang reptilia. Masuk ke sana dulu la. Rupanya tempat ular. Tak kisah sebab ular tuh dalam kaca. Jadi boleh la pura-pura dengan acah-acah dengan tangan. Anak saya tergelak-gelak bila dia tengok ular tuh bergeraj mengikut arah tangan saya. Dah bosan dengan ular, berjalan lagi. Akhirnya jumpa juga harimau dan singa. Tapi macam tak best sebab harimau tidur dalam rumah manakala singa jauh pula. Tak dapat nak tangkap gambar.

Akhir sekali saya lalu ke kandang zirafah dan gajah. Sempat juga berhenti seketika beri makanan kepada gajah. Saya bagi wafer kepada gajah tuh. Dengan selamba je dia buang. Hehe, bila saya bagi tebu, terus sahaja dimakan. Lupa plak gajah ni herbivor. Lebih kurang pukul 2.00 petang, hari yang terlalu panas, ambil keputusan untuk pulang la. Lain kali saya datang lagi ye Zoo Negara.

Kategori: 
Tags: 
zoo negara