Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Kemas kini Kripkorn Studios hampir selesai

02 Feb 2014 - 11:45 pm

Kripkorn Studios merupakan projek saya yang pertama yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran secara atas talian pembangunan laman web. Fokus utama kandungan adalah kepada Drupal. Projek ini dilaksanakan hasil inisiatif mewujudkan satu platform perkongsian dan pembelajaran secara percuma.

Dari tahun 2008 laman ini dikendalikan sepenuhnya oleh saya, pada tahun 2014 secara rasmi saya menyerahkan sepenuhnya kepada syarikat Hadafi Solution & Resources. Penyerahan ini membenarkan sokongan dari segi kos penyelenggaraan dapat dikendalikan dengan lebih mudah.

Seperti dalam entri blog sebelum ini, beberapa perancangan ubah suai yang bakal dijalankan sedang pesat dibangunkan. Berdasarkan kepada polisi syarikat yang baru, beberapa kandungan akan dikelaskan sebagai "Premium" yang hanya boleh dilayari oleh pengguna yang menghulurkan bantuan dalam bentuk derma. Secara tidak langsung derma yang disalurkan akan digunakan untuk tujuan penyelenggaraan tahunan.

Selain itu, kandungan dan artikel disusun untuk fokus kepada tutorial berkaitan dengan Drupal sahaja. Ini adalah selaras dengan visi dan misi syarikat untuk mempromosi dan mengembangkan Drupal di Malaysia. Sungguh pun begitu, artikel terdahulu masih kekal untuk diakses dan dibaca oleh pengunjung.

Berkenaan dengan forum, migrasi sepenuhnya sistem sedia ada kepada Drupal forum telah berjaya dijalankan. Pos-pos terdahulu yang berkaitan dengan Drupal akan dipindahkan dari semasa ke semasa. Forum sekaran gyang dipacukan dengan sistem phpBB bakal ditutup. Langkah ini bagi memudahkan urusan penyelenggaraan dan kemas kini dijalankan hanya kepada satu sistem sahaja.

Antara lain adalah meningkat upaya paparan portal itu sendiri. Templat yang terbaru menyokong sepenuhnya teknologi dan konsep "Responsive". Pengunjung boleh melayari ke semua tutorial dan artikel yang ditulis pada pelbagai jenis platform dan peranti tanpa sebarang masalah. Kandungan juga mungkin akan disemak semula agar menepati piawai dan standard yang ditetapkan.

Sekiranya perjalanan proses kemas kini dapat dilangsungkan tanpa sebarang masalah, portal Kripkorn Studios yang baru bakal dapat dinikmati sepenuhnya pada awal bulan Mac 2014.

Kategori: 
Tags: 
responsive
premium
paparan terbaru