Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Kehidupan seorang freelancers web development seharian

07 Jun 2011 - 08:23 am

Kehidupan saya tidak banyak bezanya dengan kehidupan manusia yang lain. Saya masih menjalani hidup ini seperti orang lain. Mempunyai masa 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Saya mempunyai keluarga, memenuhi keperluan hidup setiap minggu, menikmati keringan jika ada masa terluang, melayari internet, bermain permainan untuk menghiburkan hati dan bermesra bersama anak-anak. Tetapi ada waktu dan ketikanya saya menghabiskan masa di hadapan komputer menyiapkan kerja-kerja yang diambil dan diberikan oleh pelanggan.

Saya bekerja di sektor awam setiap hari. Kehidupan bermula seawal jam 5.30 pagi lagi. Bersiap untuk pergi ke tempat kerja dengan memandu sejauh 45km. Setiba di pejabat, saya menjalankan kerja hakiki -- menguruskan hal-hal berkaitan dengan sistem ditempat kerja dan menyelesaikan persoalan yang diberikan (Pusat Informasi Berpusat). Menikmati keenakan makanan pada waktu rehat dan menamatkan kerja harian pada jam 5.00 petang.

Sekali lagi memandu untuk pulang sejauh 45km yang memakan masa lebih kurang 1 hingga 2 jam bergantung kepada keadaan dan situasi jalan raya. Setibanya di rumah, saya menyiapkan diri untuk makan malam bersama keluarga dan luangkan masa lebih kurang 2 jam lagi untuk anak-anak. Lebih kurang jam 9.00 malam, saya mula memasuki pejabat kedua dan menghabiskan masa lebih kurang 4 hingga 5 jam menjadi seorang pembangun laman web.

Sekitar ruang masa ini saya melayari Facebook, Twitter, membalas email, menulis artikel, mengemas kini blog dan pada waktu yang sama menyiapkan kerja-kerja pelanggan yang diberikan. Selalunya saya masuk tidur untuk merehatkan diri lebih kurang jam 1 pagi atau 2 pagi (bergantung kepada kerja yang ingin disiapkan). Secara totalnya, kehidupan saya sebagai seorang pembangun laman web bebas diringkaskan dalam bentuk jadual di bawah.

Aktiviti Peruntukan masa
Memandu 3 jam
Kerja hakiki 9 jam
Masa bersama keluarga 3 jam
Membangun laman web 5 jam
Rehat dan tidur 4 jam

Mungkin bagi sesetengah insan, kehidupan ini sangat padat dan kurang menyeluruh. Akan datang, saya akan memaparkan kehidupan saya untuk tempoh masa seminggu.

Kategori: 
Tags: 
kehidupan saya
pembangun laman web