Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Internet Explorer 11 Semakin Matang

15 Jul 2013 - 11:03 pm

internet explorer 11

Dengan penambahbaikkan terbaru daripada pihak Microsoft iaitu Microsoft Windows 8.1 Preview yang dilancar baru-baru ini, satu perubahan besar yang paling jelas adalah kehadiran Internet Explorer 11.

Serentak dengan kehadiran IE11 juga pihak Microsoft telah mengumumkan bahawa tiada lagi validasi khas yang digunakan untuk membezakan IE dengan lain-lain perisian pelayar. Versi yang terbaru ini menggunakan enjin pemprosesan Gecko yang sama digunakan pada pelantar Chrome. Denagn pengumuman ini jelas menunjukkan bahawa IE secara rasmi mengikut standard paparan laman web yang dikeluarkan oleh W3C.

Masalah utama penggunaan IE adalah kerana ianya menggunakan enjin pemprosesan tersendiri. Mungkin ia merupakan satu strategi perniagaan yang cuba untuk diterapkan secara tidak langsung. Strategi yang memaksa pengguna untuk menetapkan satu standard berlainan yang tertumpu kepada piawai yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft.

Tetapi hakikatnya dengan kehadiran sumber terbuka seperti Firefox menjadikan rata-rata pengguna internet di dunia mula merasa cemuh dengannya. Mana tidaknya, disudut pembangun laman web mereka terpaksa bekerja secara berganda bagi memastikan paparan laman web adalah sama untuk setiap perisian pelayar. Dan yang paling menjadi masalah adalah Internet Explorer kerana kod pemprosesannya tidak mengikut standard yang ditetapkan.

Merasakan bahawa populariti Internet Explorer semakin merundum, pengurus Microsoft telah bersetuju untuk menggantikan keseluruhan kod IE untuk mengikut standard yang ditetapkan. Selain itu, saya dapati kelajuan pemprosesan setiap halaman menggunakan IE juga dipertingkatkan sehingga hampir "sejenak" untuk pemprosesan setiap halaman.

Mungkin ini adalah satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan IE sebagai perisian pelayar bagi 70% pengguna Windows di dunia. Kita saksikan perubahan ini adakah mampu menaikkan semula nama Microsoft atau kekal seperti sedia kala.

Antara tujuh perubahan besar yang dilakukan adalah:

  1. Live tiles for sites
  2. Permanent tabs
  3. WebGL Support
  4. Application play well in web page
  5. Infinite tabs
  6. Multi-window snap browsing
  7. Favourite center
Kategori: 
Tags: 
internet explorer 11
microsoft