Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Ikon "Kongsi artikel" memudahkan proses perkongsian

09 Feb 2011 - 01:43 am

Sebelum ini, blog saya dipasang dengan modul Twitter untuk membolehkan artikel-artikel dan kiriman dihantar ke laman-laman jaringan sosial. Namun begitu, fungsi ini sangat terhad kepada Twitter sahaja. Selepas melakukan pencarian hampir dua hari di direktori modul Drupal.org, akhirnya saya telah menemui satu modul yang sangat banyak perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Service Links.

Hampir 20 laman jaringan sosial dimuatkan dalam modul ini untuk memberi pilihan kepada pembaca berkongsi sebarang kiriman dari blog saya ini. Sebelum ini, di versi D6, saya telah menggunakan Pingthis sebagai perkongsian mudah. Hanya sekali klik sahaja, Ping.fm akan menyebarkan kepada lebih 10 laman web jaringan sosial. Apabila bertukar kepada D7, modul ini masih lagi belum dinaiktarafkan kepada D7. Jadi saya terpaksa menggunakan satu modul sahaja Iaitu Twitter.

Selepas memasang modul ini, Pingthis merupakan salah satu servis yang ditawarkan, begitu menggembirakan saya. Kini para pengunjung boleh memilih untuk menggunakan Pingthis atau klik sahaja laman sosial tertentu untuk berkongsi kiriman yang dimuatkan. Di Kripkorn Studios juga, saya telah menempatkan modul ini sebagai sokongan bagi mendapatkan trafik yang lebih tinggi. Setakat ini KS telah berjaya menduduki PR4 selepas Google mengemas kini sistem dan pangkalan datanya baru-baru ini.

Agak memeranjatkan kerana sebelum ini, PR masih lagi ditakuk 0. Dengan secara tiba-tiba sahaja, KS berjaya menduduki tempat PR4 dan blog saya ini yang berusia 256 hari (sehingga hari ini) telah menduduki PR3. Diharapkan dengan modul yang baru sahaja dipasang ini boleh meningkatkan lagi tahap populariti laman KS serta blog.

Kategori: 
Tags: 
modul service link
jaringan sosial