Parasolx

Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

[Ebook] Anda Tahu Tentang SEO?

24 Feb 2013 - 01:46 pm

SEO sememangnya sering dibicarakan oleh ramai pembangunan laman web terutama yang memiliki laman web untuk tujuan tertentu. Tetapi sejauh mana penguasaan dan pemahaman kita mengenai SEO? Mungkin ada yang berpendapat SEO ini adalah satu topik yang sangat tinggi. Tidak sesuai untuk pengguna baru yang tiga atau empat hari memiliki laman web. Tanggapan sebeginilah adalah tidak tepat sama sekali.

Paling penting sekali, tiada teknik atau rahsia mengenai SEO. Ia adalah satu konsep yang perlu dipraktiskan setiap hari. Sungguhpun begitu, kita masih perlu memahami secara asas perkara yang disebut sebagai Search Engine Optimization ini. E-buku "Anda Tahu Tentang SEO?" ini menyentuh semua aspek dan perkara asas yang perlu diketahui, diamalkan dan dipraktiskan untuk meraih populariti dan diindeks oleh enjin carian. Seterusnya mendapat tempat tertinggi di bahagian carian memaksa pengguna melawati laman web kita.

Perkongsian tips dan tatacara untuk meningkatkan populariti juga diselitkan untuk menjana satu laman web yang mengikut struktur dan hierarki dokumen yang sempurna.

Klik di sini untuk melanggan ebook.

Kategori: 
Tags: 
seo
asas
pengenalan
tips
konsep