Main navigation

from Twitter At JUPEM... ade ceramah nk delivered kt sini http://t.co/G9bYkzZQ

MHY Pro-Power menggunakan Drupal

Anggaran masa bacaan: 49 sec (166 perkataan)

MHY Pro-Power merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk elektrik bervoltan tinggi. Mendapat tender dan projek dengan syariakt-syarikat ternama memerlukan mereka untuk mempromosikan sepenuhnya aktiviti dan projek-projek yang telah dijalankan.

Selaras dengan kemajuan internet, laman perniagaan sangat penting bagi sesebuah syarikat yang sedang membangun dan mencipta nama. MHY Pro-Power memilih untuk menggunakan saluran laman web. Melalui paparan kalendar, semua aktiviti dipaparkan secara automatis.

Modul

Views Gallery Slideshow digunakan untuk memaparkan aktiviti projek yang terkini dijalankan. Sebelum ini, galeri bagi setiap aktiviti terpisah dengan laporan projek. Untuk projek terbaru ini, galeri telah dimuatkan secara terus ke dalam laporan. Ini bagi memudahkan pengguna melihat laporan dalams atu tempat (usability pengguna ditingkatkan).

Theme

Tema laman ini dibina secara khas. Tidak mengambil mana-mana theme yang sedia ada. Konsep "simplicity" digunakan bagi mendapat kelajuan dalam tempoh paparan. Dengan bantuan kerangka 960 sistem grid, theme ini dibina dalam tempoh 2 hari.

Warna tema dipilih berdasarkan kepada warna logo syarikat iaitu merah, hitam dan putih. Teknologi CSS3 juga dimuatkan bagi mendapatkan kesan yang lebih cantik.

Perang "cloud storage" sudah bermula

Anggaran masa bacaan: 1 min 54 sec (383 perkataan)

Jika dahulu konsep penyimpanan fail di internet mungkin dianggap masih jauh untuk sampai. Tetapi pada hari ini, perang "clous storage" sudah bermula. Syarikat-syarikat gergasi nampaknya sudah berani tampil dengan idea, perkhidmatan dan tawaran masing-masing.

Malah yang menjadi lebih realiti konsep ini adalah kerana perkhidmatannya adalah percuma. Siapa yang tidak mahu menggunakan barang percuma? Perkhidmatan seperti Dropbox, SkyDrive dan terbaru Google Drive masing-masing menunjukkan dunia teknologi sudah sampai ke satu tahap yang sangat-sangat maju.

Dahulu semua orang berbicara dunia tanpa kertas. Hari ini atau mungkin esok kita berbicara mengenai dunia tanpa pendrive, harddisk atau cakera keras. Simpanan fail kini boleh dilakukan terus ke dalam internet dan dicapai dimana-mana, bila-bila masa sahaja.

Adakah kita bersedia?

Di Malaysia, perkembangan internet boleh dikatakan agak memberangsangkan sungguhpun belum mencapai tahap kelajuan seperti negara-negara membangun.

Kita sudah mempunyai jalur lebar optik Unifi dan jalur lebar tanpa wayar 4G. Dari segi kemudahan, bukanlah 100% akses capaian internet boleh diperoleh di semua tempat di Malaysia tetapi peluang itu ada.

Semuanya bergantung kepada kita untuk menerima dan menggunakannya. Cloud storage sememangnya satu fenomena baru bagi golongan konservatif tetapi satu lonjakan dan anjakan bagi golongan yang terdedah kepada internet.

Sinkronasi fail adalah antara faktor penting cloud storage dilihat akan memberi pulangan yang menguntungkan. Bayangkan, saya boleh akses fail-fail yang ditulis di rumah di pejabat. Suntingan yang dibuat di pejabat kemudiannya akan diselaras, dikemas kini dan dimuat turun secara automatis terus ke komputer di rumah.

Secara tradisional, saya akan menyimpan fail tersebut di dalam pendrive atau external harddisk. Membawanya ke mana saya pergi, dan sebarang suntingan yang dibuat memerlukan penghasilan revisi secara manual. Dengan cloud storage, setiap perubahan yang dikesan akan dicipta satu poin revisi. Jadi, saya boleh kembali ke versi yang sebelum ini hanya dengan sekali klik sahaja.

Perlu atau tidak menggunakan peluang ini?

Bergantung. Bagi saya, ianya dilihat satu kemudahan memandangkang capaian internet bukan lagi sukar untuk dibuat. Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan wifi secara percuma. Jika tiada langganan internet tanpa wayar sekalipun, sinkronasi fail tetap dilakukan terus ke dalam telefon pintar apabila pulang ke rumah.

Tetapi bagi pengguna konservatif, mungkin beranggapan ianya kurang praktikal. Bayangkan komputer yang berzaman lamannya, tiada kemudahan capaian internet, bagaimana untuk mendapatkan fail yang disimpan di cloud storage? Mungkin ianya masih boleh diterima sebagai alasan, tetapi dalam 5 tahun akan datang ianya bukan lagi alasan tetapi malas untuk berubah.

Perkara kurang manis pengguna internet

Anggaran masa bacaan: 1 min 44 sec (347 perkataan)

Memang betul internet ini satu dunia tanpa sempadan, sesiapa pun berhak menggunakannya dan tidak dikawal oleh mana-mana peraturan. Tetapi perlu ingat bahawa dunia internet sama sahaja seperti dunia sebenar. Ada tatasusila yang mungkin kita sebagai pengguna baru (atau pun yang sudah veteran) kurang peka terhadap situasi tersebut.

#1 Kurang sopan dalam bertanya

Masalah yang sering berlaku di mana-mana sekalipun. Tidak susah untuk beradap dalam menanyakan sesuatu. Jika mahu jawapan segera sekalipun, lihat persekitaran. Memang kita berhak untuk bertanya, tetapi orang lain ada hak untuk jawab atau tidak. Jadi jangan sesekali menganggu privasi kehidupan orang lain.

#2 Kurang sopan dalam membalas

Ini satu lagi kes. Kurang-kurangkan membalas pertanyaan, jawapan atau perbualan secara virtual dengan sampukan yang kurang manis. Tidak kisah anda sudah berumur, berpengalaman atau anda sendiri seorang pelopor internet di Malaysia sekalipun, jika perkara asas tidak diamalkan, anda tidak ubah seperti kera yang disusukan.

Sila pandang dan lihat situasi. Jika ada seorang bertanya mengenai sesuatu, tidak perlu la membalas "Search di Google", "Ala buat sendiri pun senang". Sememangnya anda bukan pengguna internet yang bijak. Orang tidak akan bertanya sekiranya dia sudah tahu.

#3 Kurang sopan dalam bertanya lagi

Kita lihat dari sudut positif. Jika berdepan dengan pengguna yang seperti ini, kita sebagai pihak penanya ambil inisiatif sedikit. Cuba buat sedikit carian di Google. Sebenarnya Google ini tidak susah. Hanya gunakan kata kunci atau tulis sahaja soalan yang sama anda tanya pada medan carian.

Salin dan tampal mana-mana artikel yang tidak faham ke tempat yang sama atau tuju terus pembalas tadi.

#4 Kurang sopan dalam berbincang

Apabila ada banyak idea dan pendapat, tidak perlu untuk mempertahankan pendapat kita sendiri. Nanti dilihat sebagai syok sendiri. Gunakan istilah-istilah dan terma yang lebih lembut. Pendapat anda mungkin bernas, tetapi jika dilontarkan dengan cara yang kurang bijak, idea tersebut seperti anjing menyalak gunung sahaja.

Apa-apa pun, terpulang kepada diri sendiri. Ada yang berpendapat, "Owh, kamu belum kenal dia lagi.. perangai dia memang macam itu". Bagi saya, tidak salah untuk cuba menjadi seorang yang lebih berdisiplin. Bukan sampai menjadi seorang hipokrit. Tegas dan berpegang pada prinsip hidup memang bagus tetapi tidak perlulah sampai menampakkan kebodohan diri sendiri.

[DIY] Menyelenggara penghawa dingin di rumah

Anggaran masa bacaan: 1 min 48 sec (363 perkataan)

Kepada sesiapa yang memiliki penghawa dingin di rumah selalunya akan memanggil pihak ketiga untuk menjalankan rutin penyelenggaraan. Caj atau kos yang ditanggung selalunya sekitar RM150 - RM200, bergantung.

Tetapi hakikatnya semua ini kita boleh lakukan secara sendiri (DIY). Salah satu cara untuk menjimatkan duit poket di samping belajar sesuatu yang baru. Bagi pemiliki penghawa dingin yang moden, selalunya gas penyejuk boleh bertahan hampir tiga tahun tanpa memerlukan pengisian semula. Jadi, apabila penghawa dingin sudah menunjukkan kekurangan dari segi efisien ianya bekerja, kemungkinan besar terdapat banyak kekotoran yang melekat atau "hinggap" pada bahagian tertentu.

Untuk bahagian yang paling penting perlu dicuci adalah pemampat udara atau kompresor penghawa dingin. Kita boleh gunakan pancutan air berkuasa tinggi atau gunakan berus sabut (yang macam berduri-duri) atau berus gigi. Jangan guna berus yang sangat keras dan kasar kerana pigmen aluminium kompresor mungkin boleh bengkok dan menutup terus ruang aliran udara.

Pertama sekali kita cuci dibahagian belakang kompresor dari atas kemudian turun ke bawah. Jangan berus atau tembak air secara melintang (kiri ke kanan) kerana sirip aliminium akan bengkok.

Teruskan mencuci pada bahagian lain-lain yang mempunyai sirip aluminium tersebut. Tahap kebersihan yang dianggap sesuai adalah kita boleh melihat kipas atau pandangan tersebut tembus. Sekiranya belum boleh nampak bermakna masih terdapat kekotoran yang melekat di situ. Tembak dengan pancutan air berkuasa tinggi.

Kebiasaanya kompresor yang moden membenar untuk kita membuka jaring dibahagian hadapan. Bukaan jaring memudahkan untuk pancutan air ditembak dari arah dalam ke luar kompresor. Cucian boleh dilakukan dengan lebih cepat. Tidak perlu risau kerana motor kompresor dilindungi dengan bekas kedap air termasuk ke seluruhan badan kompresor penghawa dingin, semuanya boleh ditembak dengan pancutan air.

TETAPI perlu elakkan satu kawasan pada badan kompresor iaitu di bahagian paip saluran.

Bahagian ini mengandungi alatan elektronik yang mengesan ketumpatan gas dan suhu untuk mengawal kelajuan pusingan kipas kompresor. Jadi pastikan kita tidak menembak air pada bahagian ini. Jika perlu untuk bersihkan juga, hanya gunakan aliran air yang biasa sahaja.

Selepas semuanya selesai, kompresor dengan wajah yang lebih bersih tampil untuk berkhidmat.

Tada! Dah siap. Lepas sahaja dicuci, saya cuba jalankan penghawa dingin dan ternyata, kesejukan yang dihembuskan lebih cepat, kurang tenaga digunakan dan sememangnya sejuk seperti pertama kali ianya dibeli.

Selamat mencuba.

Membina algoritma populariti

Anggaran masa bacaan: 2 min 9 sec (430 perkataan)

Boleh dikatakan kebanyakan laman web hari ini menggunakan undian atau penilaian (votes) untuk mengetahui tahap populariti satu-satu artikel yang ditulis. Sistem seterusnya menyenaraikan artikel yang popular dengan mengambil kira purata nilai penilaian yang diberikan.

Dan apabila sistem tradisional ini digunakan apa yang terjadi:

  1. sistem mengalami kemerosotan dari segi menentukan kedudukan item
  2. pembangun sendiri menggunakan algoritma secara persendirian tanpa menggunakan pengiraan yang lebih praktikal dan logik
  3. terdapat beberapa golongan yang cuba menipu sistem penilaian
  4. berlaku kekurangan dalam pengiraan sistem apabila algoritma yang dibina terlalu kompleks.

#1 Undian menentukan populariti

Sistem sedia ada merekod jumlah undian yang dilakukan dan dikira dari segi purata. Secara matematiknya, perkadaran boleh dikatakan seperti berikut:

Populariti = jumlah undian

Sememangnya algoritma ini tersangatlah jauh untuk menggambarkan tahap populariti sebenar.

Katakan pada bulan lepas berlakunya aktiviti yang terlalu aktif daripada pengunjung dan menerima hampir 100 undian dan penilaian. Manakala bulan ini tidak terlalu aktif dan hanya mampu memperoleh 30 penilaian sahaja.

Disebabkan faktor ini, artikel yang begitu popular pada bulan lepas tidak akan terpapar di bahagian laman utama.

#2 Rekod terdahulu (usia artikel)

Sekarang kita masukkan faktor rekod terdahulu atau usia rekod. Bermakna untuk artikel yang terbaru, ianya lebih mendapat tempat untuk senarai halaman utama berbanding artikel terdahulu, betul ke?

Populariti = jumlah undian / usia rekod

Ini bermakna, artikel yang mempunyai usia yang lebih lama memerlukan penilaian yang lebih banyak untuk mencapai satu tahap populariti. Tetapi ini tidak adil.

Bayangkan untuk satu aritkel diterbitkan, seorang penulis mungkin bercekang mata dan berjaga sehingga lewat malam sedangkan pembaca yang lain lena tidur atau mempunyai aktiviti yang mereka suka. Dan keberkesan artikel ini akhirnya hialgn ditelam masa apabila ianya sudah tidak lagi diundi.

Sekarang kita ubah sedikit cara pengiraan undian terhadap usia undian itu sendiri:

Populariti = (P1/U1) + (P2/U2) + (P3/U3) + ... + (Pn/Un)

di mana, Pn = undian dan Un = usia untuk undian tersebut.

Dengan algoritma ini nampaknya telah hampir menyelesaikan masalah kita. Tetapi akan timbul satu isu yang baru. Katakan satu artikel ditulis pada 20 bulan yang lepas, undian yang diterima pada hari ianya diterbitkan semestinya lebih bernilai berbanding undian pada hari ini. Jika tidak, artikel yang lama-lama akan muncul kembali di ruang halaman utama.

#3 Masukkan kembali faktor usia artikel

Sekarang kita kembalikan faktor usia artikel itu sendiri ke dalam algoritma kita menjadikannya:

Populariti = [ (P1/U1) + (P2/U2) + (P3/U3) + ... + (Pn/Un) ] / Usia artikel

Dengan faktor yang terbaru dimasukkan, kita boleh mengarahkan agar artikel yang terdahulu kekal popular tetapi tidak muncul di laman utama sekiranya sudah dianggap sebagai arkib.

Namun begitu, teori dan praktikalnya agak sukar untuk mendapatkan algoritma yang begitu sempurna. Memandangkan algoritma yang dicipta ini hanya mengambil kira dua faktor sahaja iaitu penilaian dan masa.

Home.net menggunakan Drupal

Anggaran masa bacaan: 1 min 12 sec (242 perkataan)
Tangkap layar Home.net

Home.net.my dengan slogannya Building Smart Communities merupakan satu portal komuniti yang menempatkan isu-isu semasa dan berita terkini dari segenap negeri di Malaysia. Pelaporan dikelaskan berdasarkan kepada negeri-negeri di Malaysia.

Skop pelaporan adalah secara global. Terdapat beberapa berita dan isu yang diutarakan tidak dimuatkan di mana-mana akhbar tempatan. Senario pengurusan adalah dengan menempatkan pelapor pada setiap negeri dan setiap negeri melantik pelapor untuk setiap daerah bagi memastikan perkhabaran dimuatkan seberapa kerap dan banyak.

Themes

Themes dibina daripada sifar. Tugasan yang diberikan tidak melibatkan pembinaan themes tetapi lebih ke arah untuk pengoptimuman dan mempiawaikan bentuk paparan bagi semua paparan, jenis pelayar dan versi pelayar. Tidak banyak perubahan atau kod tambahan dibuat memandangkan setiap negeri dikelaskan berdasarkan kepada domain.

"Customization" tidak terlalu kompleks memandangkan setiap domain mempunyai folder themes masing-masing.

Modules

Tugasan diberikan untuk menyelesaikan masalah berhubung dengan pengguaan module Quick Tabs dan Views bagi pemaparan kandungan berdasarkan kepada daerah dan kategori.

Secara asasnya setiap paparan tab dihasilkan daripada Views dengan penghasilan blok untuk setiap kategori bagi setiap daerah. Modifikasi dilakukan menerusi "arguments" pada Views membenarkan penghasilan halaman secara virtual.

Selepas modfikasi selesai, pewujudan daerah baru dalam senarai akan menghasilkan laman untuk daerah diikuti dengan penyenaraian artikel di dalam modul quicktab.module secara automatis bersama dengan senarai arkib di kandungan utama.

Drupal hanya sesuai untuk pelantar pelayan yang tinggi?

Anggaran masa bacaan: 1 min 4 sec (216 perkataan)

Spekulasi lapuk ini selalu dibincangkan hangat oleh pengguna diluar sana. Drupal memerlukan spesifikasi pelayan yang tinggi untuk dijalankan. Drupal tidak mampu untuk dijalankan pada pelayan jenis perkongsian. Semuanya mitos dan hanya dipropagandakan sahaja.

Bermula dari Drupal 4 sehinggalah sekarang kemunculan Drupal 7 dan Drupal 8 yang dalam pembinaan, Drupal mampu dijalankan pada pelantar yang terhad dan minimum. Jangan beranggapan laman web itu hanya mempunyai pemasangan asas sebaliknya dilengkapi dengan beberapa modul yang mempunyai fungsi dan keupayaan yang besar.

Saya mempunyai pendekatan yang berlainan. Setiap laman web atau sistem yang dibina dengan Drupal akan fokus kepada fungsi dan matlamat ianya dibina. Tidak perlu memuatkan puluhan fungsi bagi membezakan laman kita dengan orang lain. Sebaliknya satu fungsi yang digunakan 100% lebih berbaloi berbanding 100 fungsi yang hanya digunakan 10% sahaja.

Sememangnya Drupal akan menggunakan sumber yang besar dengan penglibatan dan pemasangan modul tambahan secara tidak terkawal. Dan kesan ini diaplikasikan kepada semua sistem pengurusan kandungan, bukan tertumpu kepada Drupal sahaja. Apa yang penting adalah fokus secara mikro kita kepada setiap abiliti yang diterapkan dalam satu-satu sistem.

Sepanjang penglibatan saya menggunakan Drupal, saya lebih selesa menjalankan proses pengoptimuman pada pelantar jenis perkongsian. Walaupun dalam keadaan terhad dari segi akses kepada fungsi dan capaian konfigurasi pelayan, ia memberi saya satu motivasi untuk meminimumkan penggunaan sumber Drupal tetapi menyediakan fungsi yang jauh berguna berbanding keupayaannya yang sebenar.

Pages

© 2010-2012 Parasolx Studios, semua hakcipta terpelihara.